“Orang ramai kerumun, rupa-rupanya Nazril terbaring kesakitan” - Suami Sazzy kemalangan tak patahkan semangat Yasmin Hani berbasikal - Hiburan | mStar

“Orang ramai kerumun, rupa-rupanya Nazril terbaring kesakitan” - Suami Sazzy kemalangan tak patahkan semangat Yasmin Hani berbasikal

Yasmin terkejut suami Sazzy terlibat dalam kemalangan ketika mereka sedang berbasikal di Hulu Langat.

PELAKON Yasmin Hani berkata dia berada di tempat kejadian ketika suami kepada selebriti Sazzy Falak iaitu Nazril Idrus terlibat dalam kemalangan pada 7 Oktober lalu.

Menurut Yasmin, 40, kemalangan itu berlaku ketika mereka sedang melakukan aktiviti berbasikal secara berkumpulan di kawasan Hulu Langat, Selangor.

"Pagi itu saya, suami, Nazril dan rakan-rakan berbasikal di kawasan Hulu Langat dan kemalangan itu berlaku ketika kami dalam perjalanan nak pergi sarapan.

"Nazril dan rakan-rakan lain dah ke depan manakala saya pula ada di belakang tapi bila sampai satu point, saya nampak ada ramai orang dan kereta berhenti.

Yasmin dan suami melawat Nazril di hospital.

"Bila saya datang dekat, rupa-rupanya Nazril dah terbaring kesakitan. Saya la yang uruskan semuanya termasuk ambil gambar tempat kejadian untuk dijadikan bahan bukti.

"Dah telefon ambulans tapi lambat pula nak sampai. Jadi, terus saja hubungi pembantu peribadi dia untuk bawa ke hospital," kata Yasmin kepada mStar.

Yasmin ditemui ketika majlis pelancaran Shopee MAKNA Big Sale 11.11, di W Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.

Bila saya datang dekat, rupa-rupanya Nazril dah terbaring kesakitan. Saya la yang uruskan semuanya termasuk ambil gambar tempat kejadian untuk dijadikan bahan bukti.

YASMIN HANI

Pelakon dan pengacara

Sebelum ini, Sazzy memberitahu suaminya Nazril Idrus terlibat dalam kemalangan ketika mengayuh basikal bersama rakan-rakannya.

Akibat daripada kejadian itu, Nazril mengalami patah tulang selangka dan retak tulang rusuk.

Imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mendapati paru-paru Nazril tidak mengalami sebarang kecederaan dan tulang rusuknya akan baik sendiri tetapi memerlukan masa.

Selepas dipujuk suami, Yasmin kini semakin seronok berbasikal.

Dalam pada itu, pengacara program Hello Doktor memberitahu dia tidak serik untuk melakukan aktiviti berbasikal walaupun selepas melihat kemalangan di depan mata.

Kata Yasmin, dia mula seronok menyertai sukan tersebut selepas suaminya, Shahrin Razali memujuknya menyertai aktiviti sejak November tahun lalu.

"Saya tak serik nak berbasikal selepas Nazril kemalangan itu. Sebenarnya saya tak ada la minat nak sertai sukan ini.

"Tapi bila suami ajak dan beri semangat, lama-lama dah jadi seronok pula," ujarnya.

Yasmin Hani , Sazzy Falak

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain