“Berniaga dengan jujur dan jangan salah guna nama Aafiyah!” - Siti Nurhaliza kesal ratusan akaun palsu atas nama anaknya - Hiburan | mStar

“Berniaga dengan jujur dan jangan salah guna nama Aafiyah!” - Siti Nurhaliza kesal ratusan akaun palsu atas nama anaknya

Siti kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang menggunakan identiti anak perempuannya sesuka hati.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kesal terhadap beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mencipta akaun Instagram menggunakan nama anak perempuannya, Siti Aafiyah.

Lebih teruk apabila individu-individu berkenaan turut mengambil kesempatan menjual dan mempromosi barangan perniagaan mereka tanpa meminta izin penyanyi tersohor negara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Doa Siti Nurhaliza sebelum hamil ingin bawa Siti Aafiyah tunai umrah bakal termakbul

ARTIKEL BERKAITAN: Awas warganet! Pengurus peribadi Siti Nurhaliza nak ikut jejak Jasmin Hamid, beri amaran mahu saman netizen buat fitnah

Menurut Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 40, dia mendapat tahu mengenai perkara itu selepas dimaklumkan peminatnya yang berasa kurang senang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab berkenaan.

Siti meluahkan rasa kesal menerusi laman Instagram miliknya.

"Terlalu banyak akaun yang menggunakan nama anak saya, Siti Aafiyah dan saya juga mendapat aduan daripada peminat-peminat saya yang prihatin apabila Instagram yang menggunakan nama Aafiyah digunakan untuk perniagaan pelbagai barangan dan sebagainya.

"Gambar di atas adalah salah satu akaun yang menjual produk menggunakan akaun bernama Aafiyah dan produk tersebut bukan daripada perniagaan saya," tulisnya.

Siti meluahkan rasa kecewa itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Selasa.

Hasil semakan mStar turut mendapati akaun palsu berkenaan memiliki followers yang ramai sehingga ada yang mencecah lebih 200,000 pengikut. 

Saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa Aafiyah tidak mempunyai akaun Instagram dan saya berharap anda tidak terpedaya.

DATUK SERI SITI NURHALIZA

Penyanyi

Dalam pada itu, Siti turut meminta peminatnya berhati-hati agar tidak terpedaya dengan ratusan akaun Instagram palsu menggunakan identiti anaknya itu.

"Saya sangat memohon agar jangan mengambil kesempatan di atas nama Aafiyah apatah lagi terdapat beratus-ratus akaun di atas nama Aafiyah.

"Saya di sini sekali lagi ingin menegaskan bahawa Aafiyah tidak mempunyai akaun Instagram dan saya berharap anda tidak terpedaya jika ada yang menyamar atau menjual produk bukan dari perniagaan saya ataupun menggunakan akaun tersebut untuk tujuan-tujuan tidak baik.

Ratusan akaun palsu dikesan menggunakan identiti Siti Aafiyah.

"Berniagalah dengan jujur dan jangan menyalahgunakan nama Aafiyah," tulisnya.

Penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis, pahang ini berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Siti Aafiyah yang kini berusia setahun.

Siti Nurhaliza , Siti Aafiyah

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL