“Kalau rasa-rasanya tak mampu, janganlah buat” - Amar Asyraf patut ‘berguru’ dengan Ashraf Muslim cara poligami - Hiburan | mStar

“Kalau rasa-rasanya tak mampu, janganlah buat” - Amar Asyraf patut ‘berguru’ dengan Ashraf Muslim cara poligami

Ashraf memberi nasihat kepada Amar mengenai cabaran hidup berpoligami.

RAHSIA rumah tangga pelakon Amar Asyraf yang dikatakan sudah mempunyai dua isteri dan nyaris berkahwin lagi buat kali ketiga menjadi topik hangat pada minggu lalu.

Bagi pelakon Ashraf Muslim yang melayari kehidupan berpoligami, dia berpendapat tiada salah untuk Amar merahsiakan perkahwinan keduanya namun sebagai selebriti aktor itu perlu menghebahkan perkara itu supaya tiada fitnah.

ARTIKEL BERKAITAN: "Jangan Jadikan Saya Ikon Poligami" - Ashraf Muslim

ARTIKEL BERKAITAN: “Amar minta izin kahwin lain pada 2017” - Isteri jelaskan perkara sebenar, wanita buat pendedahan ugut bunuh diri tak dapat kahwini Amar

Menurut Ashraf, 38, seorang suami berhak untuk menjalani kehidupan berpoligami sekiranya dia mampu untuk menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Keluarga bahagia Ashraf Muslim.

"Patutnya Amar kena jumpa saya, mungkin saya boleh beri nasihat. Bagi saya tak salah nak rahsiakan perkahwinan kedua tapi kena ingat sebagai selebriti, ramai di luar sana ingin tahu mengenai keluarga kita.

"Jadi, kalau boleh kita sampaikan kepada masyarakat supaya tidak berlaku fitnah. Nak kahwin berapa pun tak ada masalah, tapi kena lakukan dengan cara yang betul.

"Berpoligami ini tidak salah sekiranya seorang suami itu mampu daripada segi menjaga para isteri, anak-anak dan bijak menguruskan rumah tangga. Paling penting, mampu menggalas amanah yang Allah berikan.

"Kalau rasa-rasanya tak mampu, janganlah buat. Mampu ini banyak maksud antaranya masa, kewangan, kasih sayang dan segalanya," kata Ashraf kepada mStar.

Berpoligami ini tidak salah sekiranya seorang suami itu mampu dari segi menjaga para isteri, anak-anak dan bijak menguruskan rumah tangga. 

ASHRAF MUSLIM

Pelakon

Ashraf ditemui di acara Megaklinik Zahran Fun Run Heart For Heart, di Megaklinik Zahran, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, pada Ahad.

Pelakon drama Dia Menantu Rahsia ini berkahwin dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013.

Hasil perkahwinan dengan kedua-dua isterinya, Ashraf mempunyai empat cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 4, Anas Ashraf, 3, Adam Ashraf 2, dan Safiyyah Ashraf yang kini berusia setahun.

Baru-baru ini, nama Amar Asyraf menjadi sebutan apabila seorang wanita bernama Ellika Azman tampil mendedahkan aktor itu mempunyai dua isteri dan dia nyaris menjadi isteri ketiga.

Ashraf seronok dapat menyertai larian bersama dua isterinya dan anak-anak mereka.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai perlibatannya dalam acara larian Megaklinik Zahran, Ashraf memberitahu dia seronok dapat melakukan aktiviti itu bersama seluruh keluarganya buat kali pertama.

"Ini kali pertama saya turut serta acara larian bersama kedua-dua isteri dan anak-anak kami. Walaupun hanya mampu 3 kilometer sahaja dan memang agak mencabar tapi seronok.

"Kedua-dua isteri saya pula memang minat untuk sertai acara sebegini sebab mereka gemar kumpul medal dan saya pun layan saja la," ujarnya.

Ashraf Muslim , Amar Asyraf

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain