“Saya azankan Azura dengan suara paling indah” - Jamal Abdillah rasa nak melompat dapat timang anak perempuan - Hiburan | mStar

“Saya azankan Azura dengan suara paling indah” - Jamal Abdillah rasa nak melompat dapat timang anak perempuan

Nur Azura Yamani nama puteri sulung Jamal Abdillah.

PENANTIAN penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah untuk menimang cahaya mata perempuan tercapai selepas isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, selamat melahirkan bayi mereka pada Khamis.

Menceritakan detik indah menyambut bayi yang diberi nama Nur Azura Yamani itu, Jamal, 60, berkata dia berpeluang mengazankan puterinya dengan alunan paling indah.

ARTIKEL BERKENAAN:  Alahai Jamal Abdillah, Wany Hasrita nyanyi lagu kitar semula? - “Buat apa nak marah, tiada istilah tiru karya sendiri”

"Sukar nak digambarkan perasaan yang terlalu gembira... macam nak lompat saja. Saya rasa syukur dan bertuah dapat azankan ke telinganya dengan suara alunan paling indah.

"Ketika saya azan itu dia senyap dan teliti mendengar kalimah Allah pertama dalam hidupnya. Dia juga seperti serasi dengan nama Azura itu," ujarnya kepada mStar.

 Jamal gembira timang cahaya mata perempuan.

Bayi seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan kira-kira pukul 5.23 petang Khamis di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam.

Dalam pada itu, Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali berkata, dia memilih Azura berikutan nama itu terlalu dekat dengan dirinya.

"Saya memilih nama Azura kerana nama itu terlalu dekat dengan diri saya jadi saya abadikan nama ini kepada nama anak perempuan saya.

"Setiap persembahan yang saya lakukan, peminat mesti akan meminta untuk menyanyikan lagu Azura

"Mana sahaja saya pergi, peminat akan teriak Azura kepada saya. Jadi saya rasa naluri mahu namakan anak perempuan sebagai Azura itu betul," katanya.

Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati yang juga perkahwinan kali keempatnya pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak.

Terdahulu, Jamal pernah berkahwin sebanyak tiga kali, namun ketiga-tiganya berakhir dengan perceraian.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki, Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.

Jamal Abdillah , Nur Azura Yamani

Artikel Lain