Macam tak percaya! Pelakon tempelan macam Bell Ngasri tetap ‘masyuk’ - “Dia terlalu mahal!” - Hiburan | mStar

Macam tak percaya! Pelakon tempelan macam Bell Ngasri tetap ‘masyuk’ - “Dia terlalu mahal!”

Darling Ngasri mendedahkan abangnya Bell Ngasri antara selebriti yang memiliki bayaran tinggi.

WALAUPUN sering tampil dengan watak tempelan, jangan tak tahu bahawa pelakon Bell Ngasri sebenarnya antara selebriti yang mempunyai nilai bayaran tinggi.

Perkara itu didedahkan adiknya, Darling Ngasri selaku penerbit filem dan drama.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejayaan filem aksi beri Darling keyakinan angkat kisah anggota bomba

ARTIKEL BERKAITAN: Bell Ngasri Berimaginasi Untuk Hidupkan Watak

Menurut Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri, nilai tinggi yang diletakkan Bell membuatkan dia tidak mampu untuk menawarkan sebarang tawaran drama kepada abangnya itu.

"Sebenarnya bukan sahaja director yang meminati Bell... saya sendiri suka bekerja dengan dia.

Darling mengakui tidak mampu memberikan tawaran berlakon kepada Bell kerana bayaran harga tinggi.

"Sebenarnya Bell selalu juga tanya kenapa tak mahu ambil dia berlakon untuk drama yang saya terbitkan... saya katakan sebab memang tak boleh nak bayar dia.

"Dia terlalu mahal! Lagipun dia sangat busy," katanya kepada mStar.

Darling ditemui pada sidang media tayangan perdana filem Hero: Jangan Bikin Panas di Petaling Jaya, Selangor.

Menariknya, filem ini turut dibintangi Bell.

Dalam pada itu Bell, 39, ketika ditemui menjelaskan dia enggan mengejar populariti malah tidak kisah meskipun ditawarkan watak sampingan atau tempelan asalkan mampu terus diterima dalam industri seni.

Saya sedar daripada zaman dahulu lagi saya hanya bawa watak sampingan... Tapi jujur, saya memang tak kisah orang nampak saya atau tidak, asalkan saya masih ada di sini

BELL NGASRI

Pelakon

"Saya sedar daripada zaman dahulu lagi saya hanya bawa watak sampingan... Tapi sejujurnya memang tak kisah orang nampak saya atau tidak, asalkan masih ada di sini.

"Lagi satu mungkin sebab konsep saya sendiri selama ini kalau orang panggil, saya okey sahaja. Tak terlalu memilih. Kecil atau besar watak yang saya dapat, tentunya saya akan cuba buat yang terbaik.

"Tak perlu popular sangat asalkan orang masih nak panggil, saya terima sahaja," ujarnya.

Antara barisan pelakon filem Hero: Jangan Bikin Panas

Filem Hero: Jangan Bikin Panas mengisahkan mengenai tiga rakan baik yang bekerja sebagai anggota bomba berjaya merungkai sindiket pembakaran sekolah maahad tahfiz dan urus niaga pembelian tanah secara haram yang didalangi rangkaian kongsi gelap antarabangsa.

Menampilkan barisan pelakon seperti Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Mark Adam, Elisya Sandha dan Datuk Jalaludin Hassan ini bakal menemui penonton di pawagam bermula 3 Oktober ini.

Bell Ngasri , Darling Ngasri

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain