Selepas beraksi lincah di ABPBH32, Azira Shafinaz masuk hospital - Hiburan | mStar

Selepas beraksi lincah di ABPBH32, Azira Shafinaz masuk hospital

Azira mula berasa tidak sihat sejak malam sesi latihan ABPBH32.

PELAKON dan penyanyi Azira Shafinaz terpaksa menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28 pada Khamis di hospital selepas mengalami demam panas dan jangkitan kuman di paru-paru.

Menurut Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan, 28, dia mula berasa tidak sihat sejak malam sesi latihan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 pada Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta bertaut kembali selepas enam bulan putus, Azira Shafinaz minta doakan yang terbaik - “Tipulah tak ada perasaan nak kahwin...”

Bagaimanapun ahli kumpulan DeFam ini memberitahu keadaannya kini semakin baik selepas dimasukkan ke hospital pada Selasa.

Azira memuat naik foto keadaannya terkini.

"Saya mula rasa tidak sihat sejak malam sesi latihan untuk ABPBH32 lagi. Mungkin disebabkan keadaan jerebu yang sangat teruk di lokasi itu.

"Selain demam panas, saya juga mengalami jangkitan kuman di paru-paru. Saya dimasukkan ke hospital pada Selasa lalu tapi Alhamdulillah, buat masa sekarang dalam proses nak sembuh," katanya kepada mStar.

Menerusi laman Instagram, pelakon drama Pia ini memuat naik foto dia kini berada di sebuah hospital menarik perhatian peminatnya.

Rata-rata mereka mendoakan agar kesihatan Azira cepat sembuh selain memberikan ucapan sempena hari lahirnya.

Azira sedih tak dapat turut serta dalam penggambaran video muzik lagu terbaharu DeFam pada Rabu.

Dalam pada itu, Azira memberitahu dia hanya akan dibenarkan pulang selepas disahkan doktor sembuh sepenuhnya.

"Insya-Allah bila dah betul-betul sembuh sepenuhnya, barulah saya dibenarkan pulang. Saya berharap, dapatlah keluar hospital esok.

"Sepatutnya semalam (Rabu) DeFam rakam video muzik lagu terbaharu kami tapi saya tak dapat nak turut serta sebab itu berharap dapat sihat secepat mungkin," ujarnya.

Azira Shafinaz , DeFam

Artikel Berikut

Yazit Search meninggal dunia... Al-Fatihah

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain