Memang jauh beza! Zizi Kirana kecil hati dibandingkan dengan Uyaina Arshad - “Dia lebih muslimah, lebih sopan” - Hiburan | mStar

Memang jauh beza! Zizi Kirana kecil hati dibandingkan dengan Uyaina Arshad - “Dia lebih muslimah, lebih sopan”

Zizi teruja diberi kepercayaaan mengacarakan program di Indonesia menggantikan Uyaina yang sedang mengerjakan ibadah umrah.

PELUANG mengembangkan bakat dalam bidang pengacaraan di Indonesia merupakan saat yang dinanti-nantikan penyanyi Zizi Kirana apabila dia diberi kepercayaan mengendalikan program realiti nyanyian Golden Memories Asia.

Bagaimanapun, keghairahannya untuk menunjukkan kemampuan diri itu terganggu apabila ada netizen membandingkan penampilannya dengan seorang lagi pengacara dari Malaysia iaitu Uyaina Arshad.

Mengakui mereka memiliki karakter berbeza, Zizi berharap penonton menilai bakat terlebih dahulu sebelum membandingkan cara pemakaiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kak salah pilih calon suami ke?” - Peminat kecewa Zizi Kirana dan Ebby Yus bersanding di pelamin

ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana ajar budak mengaji Al-Quran, amal baca bacaan Yasin setiap malam Jumaat

"Saya menerima tawaran mengacarakan program realiti nyanyian itu selama 10 episod menggantikan pengacara tetap dari Malaysia iaitu Uyaina yang sedang mengerjakan umrah.

"Kritikan dan kecaman itu biasalah... netizen Malaysia atau Indonesia sama sahaja! Ada sahaja komen yang tak kena termasuklah membandingkan cara saya dengan Uyaina mengacara.

Aksi bersahaja Zizi semasa pengacara program tersebut mencuit hati penonton.

"Terutamanya berkaitan pakaian kami... Uyaina orangnya lebih muslimah, lebih sopan dan agak berbeza dengan Zizi Kirana. Itu antara bentuk komen paling banyak ditinggalkan penonton di laman sosial," katanya kepada mStar.

Dalam program tersebut, Zizi menggantikan Uyaina bermula 16 September sehingga Jumaat ini.

Rancangan yang bersiaran secara langsung menerusi stesen Indosiar itu menampilkan 24 peserta daripada enam negara.

Uyaina bersama salah seorang pengkritik tetap dalam Golden Memories Asia, Soimah (kanan).

Malaysia diwakili oleh empat penyanyi iaitu Farawahida, Asiah Tunakma, Mohd Azim dan Shah Iran.

Selain Zizi dan Uyaina, Golden Memories Asia turut dikendalikan oleh pengacara dari Indonesia iaitu Ramzi, Gilang Dirga, Irfan Halim dan Indra Bekti.

Sementara itu, penyanyi lagu Siapa Yang Bap Bap ini berkata dia tidak berkecil hati dengan kritikan dan kecaman penonton.

Ujarnya, sebagai anak seni dia menjadikan pandangan netizen itu sebagai pembakar semangat untuknya melakukan sesuatu lebih baik selepas ini.

Ramai penonton memuji kemampuan Zizi mengacarakan program tersebut.

"Saya tak kecil hati dengan kata-kata netizen sebab saya tahu profesion saya bermula sebagai penyanyi dan ini merupakan percubaan untuk melangkah ke bidang lain.

"Peluang sebegini tak mungkin dilepaskan dan ini adalah proses saya memantapkan lagi ilmu dalam bidang pengacaraan. Saya seronok dengan tugasan yang diberi dan akan melakukan yang terbaik untuk program tersebut.

"Setiap orang ada pandangan masing-masing dan netizen pun ada selera berbeza. Kalau ada yang suka, pasti ada juga haters. Apa-apa pun saya hargai sokongan semua pihak," katanya.

Zizi Kirana , Uyaina Arshad

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain