“Saya jadi lost, tak tahu nak buat apa” - Berdepan masalah cinta, Luqman Faiz tidur dalam kereta selepas program Big Stage - Hiburan | mStar

“Saya jadi lost, tak tahu nak buat apa” - Berdepan masalah cinta, Luqman Faiz tidur dalam kereta selepas program Big Stage

Luqman berhadapan dengan masalah melibatkan keluarga, hubungan cinta dengan seseorang dan rakannya.

LUAHAN perasaan penyanyi Luqman Faiz di laman sosialnya seolah-olah putus cinta pada malam Ahad mendapat perhatian netizen.

Luqman, 19, berkata dia menulis luahan tersebut disebabkan tidak dapat mengawal emosi ketika berhadapan dengan masalah yang melibatkan keluarga dan hubungan dengan seseorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tolak peluang keemasan, Luqman Faiz dedah sebab tidak sertai Big Stage, “Ikutkan sejak musim pertama dah berharap”

Menurut pemilik nama sebenar Luqman Abd Halim Faiz, semua masalah itu terjadi ketika dia hadir menyaksikan program nyanyian Big Stage.

Luahan perasaan Luqman mendapat perhatian peminatnya.

"Sebenarnya saya muat naik luahan itu disebabkan tengah ada masalah yang melibatkan keluarga, hubungan saya dengan seseorang.

"Semua masalah itu terjadi dalam satu malam sahaja. Saya tak boleh nak kongsi lebih lanjut mengenai masalah itu sebab ia terlalu peribadi.

"Apa yang terjadi itu membuatkan saya jadi 'lost', tak tahu nak buat apa," kata Luqman ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Bagaimanapun, Luqman turut menegaskan masalah yang dihadapi itu tidak melibatkan peserta program itu iaitu Fieya Julia dan Chaleeda berikutan dia pernah digosipkan mempunyai hubungan rapat dengan dua wanita itu.

Luqman menjelaskan masalah hubungan cintanya tiada kaitan dengan Fieya dan Chaleeda.

Dalam pada itu, Luqman memberitahu perkara itu juga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah dan tidur di dalam kereta di hadapan Dewan MBSA, Shah Alam.

"Saya akui semua masalah itu terjadi berpunca daripada saya sendiri. Disebabkan dah terlalu serabut, saya buat keputusan untuk tidur dalam kereta di hadapan Dewan MBSA.

"Insya-Allah selepas selesai kerja hari ini, saya nak selesaikan masalah dengan keluarga terlebih dahulu. Apa-apa pun, terima kasih kepada peminat yang ambil berat tentang saya," ujarnya.

Luqman Faiz , Fieya Julia , Chaleeda

Artikel Lain