Filem inspirasi perjalanan atlet 'Harimau buta' dalam 'Eye On The Ball' ditayangkan di London - Hiburan | mStar

Filem inspirasi perjalanan atlet 'Harimau buta' dalam 'Eye On The Ball' ditayangkan di London

Eye On The Ball bakal menemui penonton di London, Manchester dan Newcastle bermula September ini.

FILEM dokumentari yang bakal memberi inspirasi mengenai kisah sebenar kehidupan atlet bola sepak cacat penglihatan atau dikenali sebagai Harimau Buta Malaysia menemui penonton di London, Manchester dan Newcastle pada Khamis, Sabtu dan Selasa depan.

Filem berjudul Eye On The Ball arahan pengarah filem yang pernah merangkul anugerah bagi kumpulan R.AGE, Chen Yih Wen ini berkisarkan mengenai perjalanan luar biasa sekumpulan atlet bola sepak paralimpik ini sehingga memenangi pingat emas buat Malaysia dalam Sukan Para Asean.

ARTIKEL BERKAITAN: R.AGE Raih Anugerah SOPA

ARTIKEL BERKAITAN: R.AGE bolot Kajai kali kedua

"Kami amat berbangga apabila berjaya membawa kisah Harimau Buta di mana ia merupakan kisah sebenar yang berlaku di Malaysia ke peringkat antarabangsa," katanya.

"Meskipun berjaya mencipta sejarah dengan mewakili Malaysia, mereka sebenarnya masih belum mendapatkan sokongan bagi meneruskan kerjaya dalam sukan.

Eye On The Ball merupakan kisah sebenar kehidupan atlet Para ASEAN yang diangkat menjadi filem.

"Peluang pekerjaan dan pendidikan bagi golongan istimewa ini juga amat kurang. Saya berharap filem ini dapat mengubah senario itu," katanya.

Filem yang dijangka bakal ditayangkan di seluruh panggung di Malaysia pada Disember ini terlebih dahulu akan memulakan tayangan perdana di Aperture Asia dan Filem Festival Pasifik di London pada 12 September, Manchester (14 September) dan Newcastle (17 September) ini.

Sementara itu, Eksekutif editor R.AGE dan penerbit, Ian Yee berkata, dia berharap hasil kutipan daripada tayangan filem itu dapat digunakan untuk membangunkan pasukan bola sepak cacat penglihatan di negara ini.

"Kisah seperti ini antara yang jarang-jarang untuk dihasilkan dan saya anggap ianya peluang untuk mengubah persepsi rakyat di negara ini terhadap golongan kurang upaya ini.

"Oleh sebab itu, R.AGE dan CIMB Foundation bekerjasama menghasilkan projek ini," katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini boleh layari website www.eyeontheballfilm.com

R.AGE , Eye On The Ball , Harimau Buta

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain

Tiga lagi positif koronavirus