Caprice jumpa pelesit terbakar dengan rambut... “Aku akan cari sampai lubang cacing, orang macam ni dah tak ada agama” - Hiburan | mStar

Caprice jumpa pelesit terbakar dengan rambut... “Aku akan cari sampai lubang cacing, orang macam ni dah tak ada agama”

Caprice mendakwa berdepan pelbagai kejadian aneh yang mengganggu dirinya dan rakan-rakan.

PENYANYI rap Caprice mendakwa berdepan pelbagai kejadian aneh yang mengganggu hidupnya sejak kebelakangan ini.

Terbaharu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 31, mendakwa terdapat individu yang berniat jahat terhadapnya dengan menghantar 'benda tidak baik' dengan penemuan seekor pelesit yang mati terbakar.

Lebih mengerikan apabila beberapa helai rambut turut ditemui terkeluar daripada badan serangga itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zynakal diganggu makhluk halus? Caprice, Sufian rujuk ustaz... “Dia tak balik rumah, gaduh dengan semua orang”

ARTIKEL BERKAITAN: Serang, cekik pekerja stesen minyak... penyanyi BBNU ditahan polis!

"Lain kali nak hantar barang, hantar yang ada tanduklah. Saya nak minta maaf sebab berkelakuan seperti bukan diri sendiri sejak kebelakangan ni.

"Saya jarang ambil port fasal makhluk halus, hantu, sihir semua ni.

Antara perkongsian yang dimuat naik Caprice di laman Instagram.

"Tapi sejak kebelakangan ni macam-macam benda pelik dah terjadi di sekeliling saya dan kawan-kawan.

"Saya baru balik daripada tonton movie tiba-tiba jumpa pelesit yang dah mati terbakar dengan rambut yang terkeluar daripada badan dia," ujarnya.

Caprice berkongsi mengenai kejadian misteri itu dengan memuat naik sebuah video bersama kapsyen di Instagram pada Khamis.

Berang dengan perbuatan pelaku yang disifatkan mempunyai dendam terhadapnya, Caprice seolah-olah memberi amaran terhadap individu berkenaan.

Selain itu, dia turut menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM30,000 kepada orang ramai atas beberapa syarat.

RM30,000 ganjaran wang tunai kepada sesiapa yang boleh kenal pasti bomoh dan individu yang upah bomoh tu.

CAPRICE

Penyanyi rap

"Lebih baik anda berdoa minta pada syaitan tu supaya saya tak jumpa awak.

"RM30,000 ganjaran wang tunai kepada sesiapa yang boleh kenal pasti bomoh dan individu yang upah bomoh tu.

"Saya dah penat bro... saya cuma nak jawapan dan nak tampar manusia yang buat semua ni sebelum berserah kepada Tuhan," katanya.

Perkongsian Caprice itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

"Tak perlu tahu siapa buat bro, dalam dunia ni bukan semua orang suka cara kita. Jumpa ustaz dan selesaikan isu ini.

"Lebih baik anda berhati-hati, jumpa pakar untuk dapatkan kepastian," kata beberapa netizen.

Bagaimanapun menurut Caprice dia tetap mahu mengetahui siapa dalang di sebalik insiden berkenaan.

"Kita buat sampai lunyai je, dia masih boleh bernafas cuma hidung dia kemek sikit.

"Aku akan cari dia sampai lubang cacing, orang macam ni dah tak ada agama," kata Caprice menjawab kepada beberapa komen di Instagram.

Caprice sebelum ini pernah mendapatkan perkhidmatan rawatan alternatif dengan berubat secara tradisional apabila rakannya yang juga merupakan seorang penyanyi rap, Zynakal mula bertindak diluar batasan.

Caprice bersama penyanyi Sufian Suhaimi dikatakan telah pergi ke Hulu Langat bagi mendapatkan bantuan seorang ustaz di sana.

Caprice , pelesit

Artikel Lain