“Hati aku remuk, selain simpati apa lagi yang boleh aku bantu?” - Azhan Rani kongsi berita pertama di Utusan, rayu ada pihak bantu selamatkan - Hiburan | mStar

“Hati aku remuk, selain simpati apa lagi yang boleh aku bantu?” - Azhan Rani kongsi berita pertama di Utusan, rayu ada pihak bantu selamatkan

Azhan berkongsi keratan akhbar Utusan yang menulis mengenai kerjaya seninya buat kali pertama.

BERITA mengenai Utusan Melayu (Malaysia) Berhad bakal menutup operasinya dalam masa terdekat turut menyentuh hati pelakon Azhan Rani.

Azhan, 43 berkata, akhbar tertua di Malaysia itu banyak membantu kerjaya seninya dan pernah mendapat liputan buat pertama kali pada tahun 1994.

ARTIKEL BERKAITAN: Utusan tidak mampu bayar gaji, bakal ditutup

"Terlalu banyak Utusan mengiringi perjalanan seni aku, terbayang wajah-wajah wartawan Utusan dan Kosmo! yang pernah temu bual aku, buat photoshoot, sidang media dan sebagainya hati ini jadi sayu.

Azhan sedih Utusan Malaysia bakal ditutup dalam masa terdekat.

"Aku hanya orang kecil, selain kata semangat dan simpati apa lagi yang boleh aku buat. Berita Utusan dan Kosmo! akan berkubur ni buat hati aku remuk," ujarnya.

Pelakon drama bersiri Nur ini juga memuat naik keratan akhbar pertama mengenai dirinya pada 24 September 1994 itu menerusi laman Instagramnya pada Isnin.

Sebelum ini, syarikat akhbar Melayu itu dilaporkan berhadapan dengan masalah kegagalan membayar gaji pekerja hampir tiga bulan menyebabkan ada di antara mereka tidak dapat menampung kehidupan harian.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia, Mohd Taufek Razak berkata jika aset-aset milik Utusan tidak terjual dalam tempoh terdekat ini, tidak ada jalan lain selain menutup operasi. 

Azhan minta pihak yang mempunyai kuasa membantu menyelamatkan Utusan.

Dalam pada itu, Azhan atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani merayu mana-mana pihak yang mempunyai kuasa membantu menyelamatkan syarikat tersebut.

"Tak ada ke tangan dan kuasa yang mampu membantu Utusan agar terus menjadi saingan akhbar perdana di negara ini. Aku masih mengharapkan sesuatu yang ajaib dapat menyelamatkan Utusan Malaysia agar terus kekal relevan merentasi zaman.

"Terlalu banyak jasamu Utusan bukan saja untuk perjalanan seni tapi perjalanan Malaysia ini. Ya, usia Utusan sendiri lebih dari usia kemerdekaan negara ni.

"Antara kata-kata akhir perbualan dengan rakan wartawan aku tadi 'datanglah malaikat ambil Utusan dan jaga dia, kami akan kerja dengan penuh dedikasi'".

"Runtun hati aku mendengar luahan ini. Mohon siapa pun yang punya kuasa, punya pengaruh, punya wang, punya kepercayaan yang kami rakyat Malaysia berikan, selamatkanlah akhbar yang pernah menjadi akhbar kesayangan rakyat malaysia ini," ujarnya.

Azhan Rani , Utusan Malaysia , Kosmo!

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain