Kehilangan bapa pada usia 9 tahun, Sherry Alhadad luah rasa rindu, “Abah jangan risau kalau anak abah ni tak kahwin lagi” - Hiburan | mStar

Kehilangan bapa pada usia 9 tahun, Sherry Alhadad luah rasa rindu, “Abah jangan risau kalau anak abah ni tak kahwin lagi”

Sherry meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapa serta datuknya.

DISEBALIK perwatakannya yang lucu dan sentiasa cerita, pelakon dan pengacara Sherry Alhadad tersimpan rasa sedih dan rindu kepada bapa Allahyarham Syed Abdullah Al Hadad dan datuknya Allahyarham Syed Ali Al Hadad.

Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 35, mendedahkan dia tidak pernah berkesempatan bertemu arwah datuknya, malah turut kehilangan bapa sewaktu berusia sembilan tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: “Doktor beri saya masa tiga tahun sahaja” - Sherry Alhadad

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf jika tersinggung… seronok menari sampai lupa diri” - Aksi lincah Sherry Alhadad dikritik

"Salam Jumaat semua. Arwah datuk saya sebelah kiri, Syed Ali Al Hadad dan arwah abah saya di sebelah kanan Syed Abdullah Al Hadad.

"Saya tak pernah jumpa arwah datuk kerana dia meninggal dunia setahun selepas saya lahir. Arwah abah pula saya meninggal masa saya umur 9 tahun.

"Masa kecil-kecil duhulu, saya lah peneman setia arwah abah. Orang akan tegur abah dan tanya, cucu ke Tuan Syed? Taklah anak bongsu..," katanya.

Antara posting yang dimuat naik Sherry di laman Instagram miliknya.

Sherry meluahkan rasa rindu itu melalui posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Kata Sherry lagi, dia kini menjalani kehidupan yang baik bersama ibu serta adik-beradiknya dan berasa gembira meskipun masih belum mendirikan rumah tangga pada usia 35 tahun.

"By the way abah, jangan risau kalau anak abah ni tak kahwin lagi. Dia gembira hidup dengan umi dan adik-beradik yang lain.

"Eh cucu abah pun dah ramai tau... Cicit pun dah ada. 

"I love you Abah. Semoga roh abah dan roh atok di tempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman. Al Fatihah," ujarnya.

Sherry Alhadad , rindu

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

“Saya OK Muhyiddin jadi PM” – Tun M

Model buta sebelah kerana tatu mata

6 polis cedera helikopter terhempas