“Saya lebih selesa duet dengan lelaki” - Peminat 'respect' Haqiem Rusli pilih adik kadet tentera dalam program ICSYVMY2 - Hiburan | mStar

“Saya lebih selesa duet dengan lelaki” - Peminat 'respect' Haqiem Rusli pilih adik kadet tentera dalam program ICSYVMY2

Peminat memuji kehebatan suara Muizz semasa berduet dengan Haqiem Rusli.

PENAMPILAN penyanyi Haqiem Rusli sebagai artis undangan dalam program I Can See You Voice musim kedua (ICSYVMY2) yang bersiaran di TV3 pada Ahad lalu menerima pujian peminat.

Tindakan Haqiem memilih peserta lelaki, Muhammad Muizz Zulqarnain Johar atau nama samaran Ya! Tuan sebagai pasangan duetnya dikatakan sebagai keputusan yang tepat.

Meskipun ada peserta perempuan dalam episod itu, Haqiem berkata dia memilih pelajar berusia 17 tahun itu kerana berasa lebih selesa berduet dengan peserta lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: “Haqiem Rusli! Walaupun suara saya sumbang, jangan la rampas mic”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak kisah orang mengata, saya pernah dibenci satu Malaysia” - Haqiem Rusli jawab tiru Ismail Izzani

Rata-rata peminat di Twitter memuji tindakan Haqiem dan bersetuju dengan pandangan peribadinya mengenai perkara tersebut.

"Kata Haqiem... saya lebih selesa berduet dengan lelaki! Ini sebab kenapa saya suka Haqiem Rusli.

Peminat puji tindakan Haqiem memilih peserta lelaki.

"Terbaik Haqiem... 'saya lebih selesa berduet dengan lelaki' memang terbaik... good job! Last ayat dia saya harap tak ada orang kecam lagi, saya dah cukup behave dah... kasihan pula, nampaknya sangat trauma dengan episod yang lepas.

"Respect Haqiem, bila ditanya kenapa tak pilih untuk berduet dengan wanita sempoi jer dia jawab... saya lebih selesa berduet dengan lelaki," komen netizen.

Program ICSYV2 boleh disaksikan semula menerusi YouTube dan sehingga kini ia telah menerima hampir 500,000 tontonan dan trending di laman tersebut.

Penyanyi lagu Lembah Kesepian ini merupakan artis undangan episod kelapan.

Muizz berpeluang duet bersama Haqiem Rusli diakhir rancangan.

Sebelum ini, program berkenaan turut mengundang penyanyi lain antaranya Nabila Razali, Khai Bahar, Floor88, Siti Sarah dan ramai lagi.

Ia bersiaran di TV3 setiap hari Ahad pukul 9 malam menampilkan penyiasat tetap iaitu Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul.

Pada musim pertama tahun lalu, Haqiem merupakan antara penyiasat undangan dan menerima kecaman hebat netizen berikutan tindakannya merampas mikrofon daripada peserta Mohd Syamsul Nordin.

Haqiem berkata dia mengambil mikrofon dan menyanyi semula lagu itu sebagai gurauan dan tidak menyangka mendatangkan kemarahan buat peserta I Can See Your Voice Malaysia itu.

Syamsul menyatakan rasa terkejut dan tidak menyangka penyanyi itu akan melakukan perbuatan sedemikian kerana ia agak kurang sopan.

Artikel Lain