suria

“Masih minta duit mak beli topup sudah berani minta gambar payudara!” - Zizi Kirana anggap imejnya tiada masalah tapi hati netizen kotor

Zizi minta netizen betulkan hati sebelum menegur imejnya.

PENYANYI rap Zizi Kirana meminta netizen tidak berfikiran kotor setiap kali melihat imej seksinya di laman sosial.

Menurut Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizi Mohd Tahil, 33, netizen sebaliknya perlu membersihkan hati mereka sebelum bertindak menghentam dan meninggalkan komen-komen bersifat penghinaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hina ke orang macam saya kahwin dengan wanita muda?” - Ebby Yus terkilan komen negatif dikatakan tak layak untuk Zizi Kirana

ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana ajar budak mengaji Al-Quran, amal baca bacaan Yasin setiap malam Jumaat

"Sebenarnya bukan pakaian saya bermasalah tetapi jiwa mereka. Sepatutnya mereka betulkan hati dahulu sebelum tegur imej saya.

"Jangan nak sakit jiwa sangat," katanya kepada mStar.


Zizi tidak pernah terfikir untuk mendedahkan identiti individu yang meminta gambar lucah darinya.

Dalam pada itu, penyanyi Nak Ke Tak Nak ini berkata, meskipun sering diganggu dengan perkara lucah di laman sosial, dia tidak pernah terfikir untuk mendedahkan identiti individu berkenaan.

"Sampai sekarang pun saya masih diganggu dengan benda-benda lucah. Budak-budak sekolah yang masih minta duit mak ayah untuk beli topup berani minta saya gambar payudara.

"Tetapi saya rasa tak perlu sampai nak dedahkan siapa mereka kerana tak mahu sampai memalukan. Tak dinafikan netizen kalau komen seolah-olah mereka maha benar... semua benda mereka nak kritik.

"Pada saya, lebih baik biarkan sahaja komen-komen itu. Kalau sekat pun akan ramai lagi yang komen bukan-bukan," katanya.

Zizi Kirana

Artikel Lain