Aliff Syukri kongsi detik cemas gempa bumi di Jakarta, “Abang takut... Sampai tak sempat nak zip seluar” - Hiburan | mStar

Aliff Syukri kongsi detik cemas gempa bumi di Jakarta, “Abang takut... Sampai tak sempat nak zip seluar”

Aliff yang ketika sedang mencuba pakaian baru tidak sempat menutup zip seluarnya disebabkan bergegas keluar dari bangunan.

USAHAWAN komestik Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi detik cemas dalam kejadian gempa bumi di Jakarta, Indonesia pada Jumaat lalu.

Aliff, 32, berkata dia yang ketika itu sedang mencuba pakaian baru di sebuah butik berlari keluar dari bangunan pusat membeli-belah selepas gegaran berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri sedih radio tak siar lagu nyanyiannya, tapi tak serik... “Saya akan terus menyanyi kerana saya masih relevan”

"Abang takut... Semoga Allah selamatkan abang. Baru abang nak beli baju dan seluar. Malah abang tak sempat nak zip seluar, secara tiba-tiba baju di dalam almari terjatuh.

Aliff berkongsi video rakaman ketika suasana panik disebabkan gempa bumi.

"Seluruh manusia dalam bangunan tu bergoyang dan menjerit. Ketika itu secara kebetulan abang sedang membuat trevelog YouTube.

"Tak sangka pula tengah-tengah syok buat video bangunan bergegar abang terasa seperti menaiki kereta api yang bergegar," katanya.

Gempa bumi dengan kekuatan 7.4 menggegarkan Jakarta sekitar pukul 7.03 petang, waktu tempatan pada Jumaat lalu telah mengaktifkan amaran tsunami.

Kompas melaporkan, gempa berpusat 147 kilometer barat daya Sumur, Banten dan gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer (km).

Aliff berlari keluar dari bangunan pusat membeli-belah.

Pengasas produk D'Herbs Terlanjak Laris itu berada di Jakarta untuk pembikinan lagu terbaharunya berjudul Cowok Baru.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini memberitahu hanya Allah yang tahu perasaannya ketika kejadian yang dianggap menakutkan itu berlaku.

"Bayangkan staff dan team abang menjerit Datuk... Datuk... Datuk... Gempa bumi, gempa bumi. Ya Allah waktu tu hanya Allah saja yang tahu.

"Abang tak tahu nak ceritakan macam mana tapi abang sempat buat video penuh. Sumpah ngeri... Doakan kami selamat," katanya.

Aliff Syukri

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain