suria

Ezad akui berhati-hati 'bahan' Azmi (Caliph Busker), takut orang lain terasa “Dia punya mulut lagi dahsyat!”

Ezad akui mempergunakan Azmi dalam kumpulan Heart.

PEMBABITAN vokalis Caliph Buskers iaitu Azmi sebagai anggota dalam kumpulan Heart di pentas Muzikal Lawak Superstar menerima pelbagai reaksi penonton.

Disebalik pujian ada juga netizen beranggapan anggota lain iaitu Ezad Lazim dan Danial Zaini hanya mempergunakan kekurangan yang ada pada Azmi untuk memancing undi penonton.

Menjawab mengenai perkara itu, Ezad ketika ditemui mStar mengakui Azmi penyebab utama kumpulan itu terus bertahan dalam program tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Caliph Buskers rayu jangan hina Nabil Ahmad

ARTIKEL BERKAITAN: Populariti Bukan Tiket Ezad Lazim Menyerlah Dalam MLM 2016

"Memang kita gunakan dia! Azmi ada bakat dan kesungguhan untuk jadi pelawak, sepanjang lima minggu dalam program tersebut dia selalu bertanya mengenai idea persembahan.

"Sebenarnya kekuatan dia ada pada kekurangan fizikalnya yang buatkan orang ternanti apa akan berlaku. Kalau ikutkan dia punya lawak dan mulut lagi dahsyat ya!

Kumpulan Heart dianggotai oleh Azmi, Danial dan Ezad Lazim.

"Sebab itu kami sahaja letakkan dia sebagai pelawak utama dalam kumpulan ini kerana pada dirinya itu ada banyak benda yang boleh di explore," katanya.

Bekas vokalis kumpulan Exists ini ditemui semasa sidang media Konsert Exists Reunion yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Sementara itu, Ezad berkata dia dan Danial sentiasa berhati-hati sebelum menyampaikan sesuatu lawak kerana bimbang menyentuh sensitiviti memandangkan Azmi orang kelainan upaya (OKU).

Dia bimbang jika penonton terasa hati dan beremosi hanya kerana lawak mereka menyentuh keadaan fizikal Azmi.

Ezad bakal terbabit dalam Konsert Exists Reunion yang akan diadakan pada 28 September depan.

"Azmi okay sahaja kalau kita bahan dia... tapi tak boleh nak buat sebab takut nanti orang lain pula yang terasa. Sekarang ini biar dia yang bahan diri sendiri.

"Kita ambil pengajaran lalu apabila Nabil gurau dengan dia pun kena kecam, jadi sekarang biarlah Azmi saja yang bahan kami.

"Sebelum buat sesuatu babak, kita akan semak dulu dengan pihak Astro supaya tidak menyentuh sensitiviti. Tapi jujurnya kadang-kadang ada juga terlepas cakap," ujarnya.

Muzikal Lawak Superstar bersiaran setiap Jumaat secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada pukul 9 malam.

Rancangan ini juga boleh disaksikan di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Ezad Lazim, Azmi Caliph Buskers

Artikel Lain