suria

Aliff Syukri sedih radio tak siar lagu nyanyiannya, tapi tak serik... “Saya akan terus menyanyi kerana saya masih relevan”

Aliff Syukri minat menyanyi dan akui diri masih relevan dalam industri seni suara.

PERNAH muncul dengan beberapa buah lagu sehingga menjadi trending di laman sosial, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mengakui kecewa apabila lagu nyanyiannya itu tidak disiarkan di radio mahupun televisyen di Malaysia.

Menurut Aliff, 32, bakatnya seakan tidak dihargai di negara sendiri namun terharu apabila masyarakat luar lebih memberi sokongan terhadap kerjaya seninya itu.

"Menyanyi ini hobi dan saya akan terus menyanyi kerana saya masih relevan. Walaupun orang mengecam tapi mereka masih tengok.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri pelik ramai ‘dislike’ lagu barunya sedangkan vokal dah tahap tinggi!

ARTIKEL BERKAITAN: Teruk dikecam, Aliff Syukri terima tawaran nyanyi lagu nasyid

"Contohnya lagu Jom Raya hingga mendapat jumlah tontonan yang tinggi di Youtube sehingga menjana pendapatan RM25,000.

"Tapi saya sedih sebab televisyen dan radio tak nak mainkan lagu saya! Saya pun macam penyanyi lain... tapi orang tak nak sokong sedangkan ketika di luar negara orang sokong dan taja makan, hotel saya," katanya kepada mStar.

Aliff dan isteri Nur Shahida (kanan sekali) bersama penyanyi Wany Hasrita dan Erra Fazira.

Pelakon filem Badang ini ditemui semasa majlis pelancaran produk Aliff Syukri Legacy yang diadakan di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Dalam majlis itu, penyanyi Wany Hasrita dan Erra Fazira dilantik menjadi duta untuk produk di bawah jenama tersebut.

Pada Jun lalu, Aliff muncul dengan lagu raya berjudul Jom Raya duet bersama Zizi Kirana dan Bella Astillah.

Lagu tersebut menjadi trending dan telah disaksikan lebih dua juta tontonan di Youtube.

Aliff merancang mahu menyanyikan lagu dangdut duet bersama penyanyi Indonesia.

Selain itu, dia turut menyanyikan lagu Bobo Di Mana, Abang Nak Tegur, Biar Apa Orang Nak Kata dan Agama Kedamaian

Enggan berputus asa walaupun bakatnya dipandang sepi, Aliff berkata dia merancang untuk muncul dengan lagu baharu bergenre dangdut tidak lama lagi.

Namun dia masih belum berjumpa dengan mana-mana penyanyi yang sesuai untuk bergandingan dengannya dalam lagu tersebut.

"Lepas ni saya nak buat lagu lagi, secara jujurnya saya nak nyanyi lagu berunsur dangdut pula.

"Tapi belum jumpa lagi siapa yang sesuai untuk berduet sebab saya tak kenal penyanyi Indonesia," ujarnya.

Artikel Lain