suria

“Allah... patut semalam rasa tak sedap hati,” - Issey bergegas balik Kelantan, Ibu patah tulang paha akibat terjatuh

Issey memaklumkan ibunya mengalami patah tulang paha. Foto Instagram @isseyfazlisham

SELEPAS siaran langsung program Muzikal Lawak Superstar pada Jumaat, pelawak Issey bergegas pulang ke Kota Bharu, Kelantan bagi melihat keadaan ibunya yang mengalami kecederaan akibat terjatuh di rumah.

Menurut Issey, 32, dia menyangka ibunya iaitu Asiah Haron, 62, itu hanya mengalami kecederaan ringan, namun selepas membuat pemeriksaan terdapat kesan patah pada tulang paha.

"Aku sampai Kota Bharu pukul 8 pagi, bawa mak pergi klinik, ingatkan terseliuh biasa bila imbasan x-ray baru tahu yang tulang paha dia patah.

ARTIKEL BERKAITAN: Issey sudah ada jawapan jika ditanya “bila nak kahwin?”

"Allah... sekarang on the way bawa mak ke hospital. Doakan baik-baik okay!," katanya.

Penyampai Suria FM ini berkongsi mengenai berita sedih itu menerusi Instagram miliknya pada Sabtu.

Issey berkongsi perkembangan kesihatan ibunya di Instagram miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Issey berkata ibunya sebelum itu ada menghubungi bagi memberitahu kecederaan yang dialami tidak serius.

Bagaimanapun, Issey berkata, dia masih berasa tidak sedap hati dan segera pulang ke kampung halaman sejurus selepas program tersebut berakhir.

"Selepas rehearsal MLS semalam, aku dapat tahu mak aku jatuh di rumah. Bila aku call dia cakap okay, pagi ni aku baru tahu yang kaki paha dia patah.

"Allah... patut dari semalam rasa tak sedap hati," ujarnya.

Titans turut dianggotai oleh Ammar dan Ain Edruce. 

Sebelum ini kepada mStar, Issey memberitahu ibunya menghidap kencing manis dan perlu mendapatkan penjagaan rapi.

"Emak kencing manis hampir setahun lalu. Kakinya ada cedera sikit, asalnya luka kecil sahaja sehinggalah melarat sampai sekarang.

"Sebab itu tahun ini saya banyak berulang-alik ke Kelantan untuk melawat mak, cuma saya jarang kongsi di Instagram," katanya.

Dalam Muzikal Lawak Superstar, Issey bergandingan bersama Amar dan pelakon Ain Edruce.

Ia bersiaran secara langsung setiap minggu pada hari Jumaat pukul 9 malam dan boleh ditonton di saluran Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Issey, Suria FM

Artikel Lain