suria

Mira Filzah seronok beraya di Ipoh, belum rancang buat ‘open house’

Mira sambut Syawal dalam suasana sederhana. Foto Instagram @mfmirafilzah

SETAHUN sekali meraikan Aidilfitri pastinya lebih meriah jika disambut bersama keluarga di kampung halaman masing-masing.

Seluruh umat Islam termasuklah golongan selebriti turut mengambil kesempatan pulang ke desa tercinta meraikan lebaran dalam suasana penuh tradisi.

Bagi pelakon Mira Filzah atau nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, dia menyambut Syawal bersama keluarga secara sederhana di Ipoh, Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejam! Mira Filzah tak sanggup tengok video tembak monyet, cukup-cukuplah dengan ‘baby sayang’

Mira tak lepaskan peluang mengunjungi sanak saudara di hari raya.

"Sama seperti tahun sebelum ini, saya menyambut hari raya di Ipoh selama seminggu dan beberapa hari sebelum raya, saya dah pulang ke kampung.

"Memandangkan kedua ibu bapa dan saudara-mara memang berasal dari sini jadi mudahlah untuk kunjung-mengunjung.

"Raya kali ni kita simple-simple saja. Saya memang ada letakkan peruntukan raya dan bajet itu sama sahaja seperti sebelum ini,” katanya kepada mStar.

Mira mulakan penggambaran drama selepas cuti raya.

Sementara itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini memberitahu masih belum mempunyai perancangan untuk menganjurkan rumah terbuka bersama peminat.

Katanya, selepas seminggu menyambut hari raya bersama keluarga dia akan memulakan penggambaran untuk sebuah drama.

"Tahun ini tak ada rancangan lagi nak buat rumah terbuka sebabnya selepas raya saya akan terus ke set penggambaran sebuah drama,” ujarnya.

Mira Filzah, Ipoh

Artikel Lain