“Hubungan itu baik, kami tak gaduh” - Adira dedah tak pernah kunjungi rumah madunya - Hiburan | mStar

“Hubungan itu baik, kami tak gaduh” - Adira dedah tak pernah kunjungi rumah madunya

Adira tidak mahu mengambil tahu mengenai kehidupan madunya, Datin Red.

PENYANYI Adira mendedahkan dia tidak pernah mengunjungi rumah madunya, Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali sebagai Datin Red pada setiap kali hari raya.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 28, berkata dia tidak mempunyai masalah Datin Red namun memilih untuk tidak mengambil tahu mengenai kehidupan isteri pertama suaminya itu.

"Saya memang tak pernah pergi rumah dia walaupun pada hari raya. Sebenarnya saya jenis tak kacau kehidupan di sana.

"Hubungan tu Insya-Allah baik dan kami tidak bergaduh. Tapi saya memang tak ambil tahu mengenai kehidupan dia.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pergi mahkamah bukan sebab kes cerai” - Datuk Red ulas foto dan status sedih tentang anak!


Adira dan suami bakal meniman cahaya mata ketiga.

"Kami pun tidak pernah berhubung dan bagi saya, kalau orang tu baik dengan saya akan layan lagi baik," kata Adira kepada mStar.

Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red berkahwin dengan Adira sebagai isteri kedua di Songkla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Pasangan ini menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017, manakala anak kedua Assan pada 9 September 2018 dan kini hamil lima bulan anak ketiga.

Adnan juga mempunyai lima orang cahaya mata hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya itu.

Dalam pada itu, Adira turut berkongsi kenangan dia menyambut hari raya Aidilfitri di kampungnya yang terletak di Sabah.

Adira tak dapat beraya gara-gara makan kuih banyak sangat.

Menurut Adira, dia pernah tidak dapat beraya disebabkan mengalami sakit perut yang teruk selepas makan kuih yang banyak. 

Semenjak itu, dia akan memastikan dapat makan nasi pada pagi raya kerana tidak mahu perut menjadi terkejut.

"Setiap kali saya balik Sabah, saya akan cari nasi untuk dimakan pada pagi raya. Tak kisah nasi apa-apa tapi memang wajib makan nasi.

"Saya tak nak perut terkejut sebab pernah enam tahun lalu, saya makan kuih raya sepanjang hari tu sehingga menyebabkan saya mengalami sakit perut yang teruk.

"Sepanjang hari raya pertama tu, saya hanya berada dalam tandas sahaja dan tak dapat nak ikut keluarga keluar beraya," ujarnya.

Adira , Datuk Red , Datin Red

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain