“Motor tu terpelanting” - Syifa Melvin rasa bersalah, kereta habis minyak punca orang lain kemalangan - Hiburan | mStar

“Motor tu terpelanting” - Syifa Melvin rasa bersalah, kereta habis minyak punca orang lain kemalangan

Kereta dinaiki Syifa Melvin tersadai di tepi lebuhraya kerana kehabisan minyak. Foto Instagram @syifamelvin

GARA-GARA kehabisan minyak dan tersadai di tepi lebuh raya, pelakon Syifa Melvin menjadi punca berlakunya kemalangan antara sebuah motosikal dan kereta.

Syifa berkata, kejadian itu berlaku apabila kereta berkenaan menukar laluan secara mengejut tanpa memberi isyarat dan melanggar sebuah motor.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan negatif sangat otak tu” - Syifa Melvin tiada niat menunjuk-nunjuk bacaan doa

"Sementara menunggu, ada satu kemalangan yang terjadi betul-betul depan kami disebabkan mereka nak elak kereta kami.

"Kereta kami berada di laluan kiri dan dia secara mengejut nak elak terus masuk laluan kanan tanpa memberi isyarat dan berlanggar dengan motor.

"Sehinggakan motor tu terpelanting. Sangat bahaya dan rasa serba salah kerana disebabkan kami, kemalangan tu terjadi walaupun kereta tu pun salah," katanya.

Syifa Melvin berkongsi kejadian mencemaskan itu di Instagram.

Menerusi Instastory adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu memberitahu kejadian tersebut berlaku pada Khamis.

Bagaimanapun, Syifa tidak menjelaskan lokasi serta keadaan pemandu dan penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan tersebut.

Dalam pada itu, dia juga mendedahkan sudah dua kali tersadai di tepi lebuh raya akibat kehabisan minyak.

"Tahun ini sahaja dah dua kali kereta jadi macam tu berhenti tengah lebuh raya. Insya-Allah tak akan jadi kali ketiga.

"Kepada semua, kena sentiasa pastikan minyak ada dan pandu kereta dengan selamat," ujarnya.

Syifa Melvin

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain