Ridhuan Tee tegur peserta Pencetus Ummah; “Ilmu tidak ke mana, cuma pandai bercakap dan lawak bodoh” - Hiburan | mStar

Ridhuan Tee tegur peserta Pencetus Ummah; “Ilmu tidak ke mana, cuma pandai bercakap dan lawak bodoh”

Dr. Ridhuan Tee (tengah) ketika menjadi hos Pencetus Ummah pada tahun 2014.

RANCANGAN realiti bercorak keagamaan yang dicetuskan oleh Astro iaitu Pencetus Ummah bukan melahirkan pendakwah yang hebat sebaliknya individu yang masih tipis pengetahuan ilmu agamanya.

Pendakwah agama iaitu Prof. Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, kebanyakan peserta rancangan itu hanya pandai bercakap dan sesekali melakukan lawak bodoh dan lawak basi yang meloyakan.

Malah ada juga pemenang yang terpilih kerana kebolehan menghafal sahaja namun ilmu yang dimiliki tidak sedalam mana.

ARTIKEL BERKAITAN: Jatuh talak 2... PU Abu dan isteri sah cerai selepas mereka patah balik ke mahkamah kemukakan bukti

ARTIKEL BERKAITAN: “Yang penting dah halal” - PU Abu akhiri status duda, dah nikah di Thailand

“Ada yang menang dan menjadi juara sekadar menghafal sahaja. Ilmu tidak ke mana, cuma pandai bercakap saja dan berlawak bodoh sekali sekala. Saya tahulah, sebab saya adalah hos program realiti untuk siri pertama Astro ini dan banyak lagi program realiti lain.

Peserta rancangan Pencetus Ummah yang bergelar juara  diberikan hadiah berupa wang tunai RM50,000. Gambar hiasan.

“Sebenarnya program ini tidak ada apa? Glamor saja lebih? Publisiti diberikan seolah-olah peserta-peserta ini hebat sangat. Walhal kerjanya menghafal dan diselang-seli dengan lawak-lawak basi dan gimik-gimik meloyakan.

“Saya sudah lama dalam dunia seni sebegini,” katanya seperti dilaporkan oleh portal Ismaweb

Ridhuan yang merupakan hos musim pertama rancangan itu menambah, jika peserta pertandingan tersebut memahami konsep Islam yang sebenar, mereka tidak melakukan tindakan yang boleh mendatangkan persepsi buruk terhadap Islam.

Malah dia turut mengulas tindakan bekas peserta rancangan itu, PU Abu Sufyan yang menceraikan isteri ketika sarat mengandung sebgai satu contoh yang tidak baik.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Foto: Utusan Malaysia

“Jika PU ini faham Islam, seperti program Pencetus Ummah itu, sudah tentu dia tidak bertindak sedemikian.

“Sebab tak tau dan tak fahamlah yang menyebabkan berlaku sedemikian. Jadi, apa ke jadahnya perbesarkan isu ini,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menasihati peserta rancangan tersebut dan juga Da’i (terbitan TV3) agar tidak merosakkan imej agama Islam dengan satu tindakan yang kurang baik sedemikian.

Malah beliau turut menasihati mereka agar terus mendalamkan ilmu agama selepas berpeluang menjadi orang glamor kerana muncul di televisyen.

“Jangan rosakkan imej Islam dengan tindakan kita yang hodoh itu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Musuh-musuh Islam akan menggunakan berita untuk memburuk-burukkan agama kita.

“Pergilah sambung mengaji. Tak cukup terhenti setakat itu sahaja. Ummah di luar sana sangat dahaga penampilan dan ilmu kita,” katanya.

Ridhuan Tee Abdullah , PU Abu Sufyan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain