Luqman Faiz dicop berlagak gara-gara tolak ajakan lepak! - Hiburan | mStar

Luqman Faiz dicop berlagak gara-gara tolak ajakan lepak!

Luqman Faiz dituduh artis berlagak oleh rakan sekelas

PENYANYI muda Luqman Faiz meluahkan rasa sedih apabila terdapat segelintir rakan sekelasnya yang tidak mahu berkawan dan menyisihkan dirinya kerana dianggap berlagak.

Luqman atau nama sebenarnya Luqman Abd Halim Faiz berkata, beberapa individu yang mula menyebarkan cerita kurang enak mengenainya kepada rakan sekelas yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: "Budak Subang Jaya kutuk orang Jalan Kebun" - Luqman Faiz cerita pengalaman zaman sekolah

Luqman dedah disisihkan rakan sekelas.

"Ramai orang ingat saya berlagak apabila menolak untuk 'lepak' dengan mereka setiap kali tamat kelas di pusat pengajian, namun semuanya bersebab kerana saya ada tuntutan kerja (menyanyi). Mungkin mereka tak faham kerana hanya perlu fokus dalam pelajaran sahaja.

"Sekarang saya sudah tiada kawan dalam kelas. Mereka jauhkan diri dan saya seakan saya sebatang kara di dalam kelas. Habis sahaja kelas saya akan terus pulang ke rumah atau berjumpa pihak pengurusan syarikat rakaman. 

"Namun ia tidak langsung tidak memberi kesan kerana matlamat saya cuma mahu menuntut ilmu," kata Luqman kepada mStar.

Sekarang saya sudah tiada kawan dalam kelas. Mereka jauhkan diri daripada saya.

LUQMAN FAIZ

PENYANYI

Luqman memulakan pengajian dalam peringkat diploma dalam jurusam muzik di Universiti Teknologi Mara bermula Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, penyanyi yang mula terkenal dengan single Kepuraanmu ini menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi Fieya Julia seperti yang digosip peminat.

Luqman dan Fieya Julia dikatakan punya hubungan istimewa.

"Sejujurnya ramai DM tanya tentang hubungan dgn Fieya namun hubungan kami tidak lebih daripada sekadar berkawan malah kami bernaung di bawah sayarikat rakaman yang sama. Malah kami akan keluarkan lagu raya duet bersama pula dalam masa terdekat.

"Tetapi saya akui Fieya seorang gadis yang senang untuk berkomunikasi dan bersikap terus terang, itu yang membuatkan saya selesa bila berdampingan dengannya," tambah Luqman.

Dalam perkembangan lain, Luqman berkata dia bakal melancarkan single keduanya tidak lama lagi.

Lagu yang turut dihasilkan bersama penyanyi Haqiem Rusli itu kini dalam proses terakhir penulisan sebelum dirakamkan dalam masa terdekat.

luqman faiz

Artikel Lain