“Lakonan dan disiplin lebih bagus daripada segelintir pelakon dewasa”- Beto Kusyairy puji bakat pelakon cilik - Hiburan | mStar

“Lakonan dan disiplin lebih bagus daripada segelintir pelakon dewasa”- Beto Kusyairy puji bakat pelakon cilik

Beto menganggap lakonan Puteri Rafasya dan Isaac Shahril setanding dengan pelakon dewasa.

PELAKON Beto Kusyairy memuji lakonan dua orang pelakon kanak-kanak iaitu Puteri Rafasya dan Isaac Shahril yang disifatkan jarang untuk ditemui.

Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman, 39, berkata pemahaman, fokus dan displin mereka berdua setanding seperti pelakon dewasa.

Malah, Beto berpendapat kedua-dua pelakon cilik itu lebih bagus daripada segelintir pelakon dewasa lain.

"Dua orang ini sangat jarang untuk ditemui. Pemahaman, fokus dan lakonan displin mereka setanding dengan pemeran-pemeran dewasa di luar sana.

Beto puji lakonan dua pelakon cilik itu.

"Malah lebih bagus daripada segelintirnya. Jauh di sudut hati aku, ada sebak tersembunyi," kata Beto.

Pelakon filem Bisik Pada Langit ini memuat naik foto dia bersama Puteri Rafasya dan Isaac Shahril untuk mempromosikan telemovie Sesekali di Instagram.

Telemovie yang bakal ditayangkan pada 14 Jun depan menerusi TV2 itu bersempena istimewa menyambut Hari Bapa.

Azhan Rani turut membintangi telemovie Sesekali.

Menerusi telemovie tersebut, Beto melakonakan watak sebagai Amrin iaitu bapa kepada pelakon kanak-kanak itu.

Dalam pada itu, Beto turut mendoakan agar laluan perjalanan hidup mereka berdua dipermudahkan dan membawa kasih sayang kepada semua orang.

"Apa sekalipun, moga laluan perjalanan hidupmu @puterirafasya1 @isaac.shahril dipermudahkan dan membawa kasih sayang kepada semua. 'Abah’ doakan," ujarnya.

Artikel Lain