suria

Persembahan 'Riuh Bertandak Lama Tak Kelih' angkat nilai warisan Melayu

Muzikal Tari Riuh Bertandak 'lama tak kelih', salah satu usaha Pak Ngah Production Sdn Bhd dalam mengekalkan warisan budaya melayu.

RIUH! Itu yang dapat digambarkan dalam persembahan muzikal tari 'Riuh Bertandak Lama Tak Kelih'  yang menampilkan penerapan unsur kesenian budaya melayu yang kian dilupakan masyarakat hari ini.

Petikan ayat daripada Laksama Hang Tuah 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia' telah membuktikan keseniaan budaya melayu akan terus terpelihara dan diingati sepanjang zaman.

Pementasan yang sungguh gamit suasana Lambang Sari, Istana Budaya merupakan usaha Pak Ngah Production Sdn Bhd. dalam mengangkat nilai tradisi masyarakat Melayu. 

Seramai 80 orang penari dengan pemakaian tradisional melayu seperti kebarung, kebaya, baju kurung teluk belanga, baju kurung cekak musang dan baju melayu ditampilkan dalam persembahan itu.

Melalui persembahan ini juga kita masih boleh mengenali pakaian tradisional warisan melayu yang kebanyakkannya sudah dimodenkan.

Persembahan tarian yang terdiri daripada kanak-kanak cilik.

Persembahan muzikal itu turut diselang-seli dengan babak penceritaan, tarian dan serta dialog jenaka berjaya membuat penonton terhibur. 

Beberapa artis turut terlibat seperti Dr. Norzizi Zulkifli, Azizul Hakim (3 Juara), Fitri Hiswady (Dangdut Academy Asia) dan Sabihah Wahid (Juara Bintang Asli RTM).

Tarian

Ketangkasan dan kecekapan penari turut memberi kesan penting persembahan muzikal tersebut.

Penari-penari cilik sehinggalah dewasa mempersembahkan pelbagai tarian seperti zapin, joget cak kun cak, lenggang inang rang muda, dikir beratip, tarian pesta, tari pahlawan dan sri kandi.

Antara persembahan tarian yang ditampilkan dalam Muzikal Tari Riuh Bertandak 'Lama Tak Kelih'.

Unsur-unsur persembahan

Selain itu, adat berkhatan diselitkan melalui paluan kompang bagi menggambarkan meriahnya suasana majlis berkhatan dalam kalangan masyarakat melayu.

Persembahan menunjukkan adat tradisi golongan raja, bangsawan dan rakyatnya ketika kegemilangan empayar Melayu terdahulu. 

Dari sudut, muzikal pula hiburan tradisional seni muzik ghazal dipersembahkan oleh Ghazal Johor Malaysia (Ghajmas).

Sebahagian penari-penari muzikal yang terdiri daripada artis tari Swatari, artis cilik dan remaja swatari.

Nilai moral 

Selain itu, persembahan turut memberi mesej tersendiri yang menunjukkan masyarakat Melayu yang bersemangat dalam memberi kerjasama dan mesra antara satu sama lain.

Persembahan muzikal tari ini juga mampu mengekalkan seni tari dan muzik Melayu untuk terus dihargai serta diingati sepanjang zaman.

Muzikal Tari, Istana Budaya

Artikel Lain