Dah lama tak datang bulan, rupa-rupanya Elfira Loy dah hamil! - Hiburan | mStar

Dah lama tak datang bulan, rupa-rupanya Elfira Loy dah hamil!

Elfira bersyukur dikurniakan rezeki cahaya mata awal.

EMPAT bulan meniti bahagia selepas mendirikan rumah tangga, pelakon Elfira Loy mengumumkan khabar gembira apabila dia kini sedang hamil.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 25, bersyukur doa untuk dikurniakan cahaya mata dimakbulkan Allah.

“Alhamdulillah kalau orang tanya, saya beritahu sahaja. Saya baru sahaja check-up dan doktor beritahu bayi pun sihat.

“Saya gembira dengan kehamilan ini sebab sekarang kita dengar banyak sangat kes wanita yang nak mendapatkan cahaya mata.

“Saya tak sangka rezeki saya datang awal. Cepat sangat sebab saya baru kahwin empat bulan,” ujarnya kepada mStar.

ARTIKEL BERKENAAN: “Alhamdulillah” - Elfira Loy muat naik gambar pernikahan

 

Elfira umum hamil anak pertama.

Elfira ditemui ketika majlis pelancaran koleksi raya Elfira Loy x MC Vogue di Flora Terrace, Kuala Lumpur pada Khamis.

Elfira bagaimanapun enggan memberitahu usia kandungannya itu.

Dalam pada itu, pelakon drama Qaleesya ini berkata dia dan suami sangat gembira dengan kehadiran cahaya mata itu sambil menyifatkan doanya dimakbulkan.

“Bila dapat tahu rezeki ini datang, saya rasa ia salah satu doa saya yang dimakbulkan.

“Saya harap peminat dapat terus mendoakan sebagaimana mereka selalu mendoakan saya sebelum ini,” katanya.

Bercerita lanjut, Elfira berkata dia tidak mengalami sebarang alahan sepanjang kehamilannya itu.

Elfira berkahwin dengan Faris Khairol Anwar, 24, pada 1 Januari 2019

“Alahan itu tiada. Mungkin sebab awalnya saya pun tak tahu saya mengandung. Saya dapat tahu hamil pun apabila sudah lama tak datang bulan.

“Saya ada buat beberapa ujian tapi susah nak percaya. Tapi bila dah lama baru saya pergi ke klinik dan doktor mengesahkan saya hamil,” katanya.

Elfira juga berkata dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon demi memberi perhatian terhadap kandungan pertamanya itu.

“Ia cabaran paling kuat kerana masa trimester pertama saya menjalani dua penggambaran drama dan telefilem.

“Selepas ini saya mungkin tak dapat menjalani penggambaran sebab saya dah cuba tapi memang badan tidak larat.

"Bila ada nyawa lain dalam diri saya, terpaksa memberi lebih perhatian lebih-lebih lagi ia adalah pengalaman pertama saya hamil,” ujarnya.

Elfira berkahwin dengan Faris Khairol Anwar, 24, pada 1 Januari 2019.

Elfira Loy

Artikel Lain

Hamidin dipilih presiden MFL baharu