“Hamil pun tak boleh comot nanti suami tak kenal bini ke bibik”- Shima Anuar tergelak kapsyen gurauan jadi perbalahan netizen. - Hiburan | mStar

“Hamil pun tak boleh comot nanti suami tak kenal bini ke bibik”- Shima Anuar tergelak kapsyen gurauan jadi perbalahan netizen.

Shima tergelak membaca komen netizen berhubung kapsyen yang ditulis olehnya di Instagram. Foto Instagram @shimaanuar

PELAKON Shima Anuar berpendapat sudah menjadi tanggungjawab seorang isteri untuk kelihatan menarik dan sempurna di mata suami.

Menurut Shima, 28, dia sentiasa berpegang pada prinsip tersebut dan tidak peduli dengan pandangan orang lain terhadap perkara itu.

"Bukan ke menjadi tanggungjawab isteri kena kelihatan elok untuk suami? Orang lain mungkin lain cara... tetapi saya peduli tentang diri saya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ya, suami saya tua, jadi apa masalahnya?” - Shima Anuar

"Kita perempuan ni memang perlu comot-comot dan bau ikan selalu ke? Cuba tanya diri sendiri. Nak melawa ke apa ke, tak semestinya untuk orang lain. Fikir diri kita sendiri. Ok!," tulisnya di Instastory.

Shima mengulas tentang perkara itu selepas kapsyen yang ditulis pada satu foto di Instagramnya mengundang perbalahan netizen.

Perkongsian Shima di Instastory.

Ia berikutan sebuah portal hiburan menjadikan kapsyen tersebut sebagai tajuk berita sehingga ada meninggalkan komen berbentuk sindiran.

"Walaupun pregnant, tak boleh comot-comot. Nanti husband tak kenal mana bibik, mana bini," tulisnya di foto berkenaan pada Jumaat.

Dalam pada itu, pelakon drama Isteri Dalam Sangkar ini meminta netizen tidak mengambil serius tentang kapsyen yang ditulisnya itu.

"Saya tergelak sebenarnya, saya tak tahu pun kapsyen gurau-gurau tu boleh jadi tajuk artikel.

"Kakak dan makcik sekalian, saya hanya bergurau letak kapsyen tu. Kenapalah ambil serius dan negatif sangat sampai banyak gila komen dekat page itu.

Shima dan suami tersayang, Mohd Solih Toha.

"Sampai ada yang cakap 'cantik-cantik pun nanti kena tinggal juga!' Look, kalau dah cantik dan jaga suami baik-baik dia buat hal juga, lantak pi kat dia," ujarnya.

Sementara itu, Shima berharap netizen berfikir secara positif dan memohon maaf jika ada yang terasa dengan kenyataannya itu.

"Cubalah berfikiran positif, kan tenang hidup tu. Tapi apa-apa pun saya minta maaf kalau ada yang terasa. It's just a joke!

"Semoga kita semua dapat menjadi isteri yang baik, rumah tangga kita dipelihara Allah SWT," katanya.

Shima, 28, dan suaminya, Mohd Solih Toha, 50, mendirikan rumah tangga pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Marian Sophia.

Shima Anuar

Artikel Sebelum

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?