suria

“Kalau dah besar perangai macam mana?” - Tiz Zaqyah dedah remaja minta gambar seksi

Tiz meminta orang ramai membuat laporan terhadap akaun tersebut.

PELAKON Tiz Zaqyah mendedahkan rakannya, Liza Abdul menerima mesej berniat jahat daripada individu berusia 12 tahun di laman instagram.

Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 31, menasihatkan remaja tersebut menghormati wanita lain seperti ibu sendiri.

"Hormat wanita lain seperti mana anda hormat ibu anda. Maaf tapi tiada maaf. Mari lapor dan muat naik!

"Lapor. Budak 12 tahun. kalau dah besar perangai macam mana?" tulis Tiz menerusi laman Instastory miliknya.

Tiz dedah ada remaja mempunyai niat untuk merogolnya.

Dia juga meminta orang ramai membuat laporan terhadap akaun berkenaan.

Menerusi paparan skrin mesej yang dimuat naik Tiz, individu tersebut turut meminta gambar seksi daripada rakan pelakon itu.

"Nak rogol boleh tak. Nak gambar seksi," tulis individu tersebut.

Menerusi ruang komen foto artikel Tiz di Intagram mStar Online, ada netizen yang menyalahkan penampilan aktres itu.

Namun Tiz  membalas komen netizen itu dengan mengatakan dia hanya membantu dengan memuat naik paparan skrin mesej tersebut.

Tiz membalas salah satu komen netizen di Instagram mStar Online.

Menurut Tiz, dia mempersoalkan semula sekiranya apa yang terjadi pada rakannya itu boleh berlaku pada ahli keluarga sendiri.

"Saya cuma bantu kawan saya repost dia yang diganggu. Mentaliti melayu tetap macam ni. Kalau kena kat batang hidung sendiri?

"Kalau mak, kakak awak kena? Pun salahkan mereka? Budak kecil macam ni dah tak ada hormat kat orang nak salahkan siapa lagi? 

"Tolonglah. Jangan bagi muka dengan orang macam ni. Nafsu sendiri tak reti kawal. Memalukan," katanya.

Sebelum ini, beberapa selebriti wanita seperti Fatin Afeefa dan Baby Shima juga pernah menerima mesej serta foto lucah daripada pengikut lelaki di laman sosial.

Tiz Zaqyah

Artikel Lain