suria

Ning Baizura masuk Zoo Negara demi Harimau Malaya

Ning mahu masyarakat sedar tentang Harimau Malaya semakin pupus.

PENYANYI Ning Baizura memberitau dia memilih Zoo Nagara sebagai lokasi Ning Baizura live at Zoo Negara pada 20 April depan adalah bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang spesis Harimau Malaya yang semakin pupus.

Ning, 43, berkata, lokasi itu dipilih berikutan ia dilihat bersesuaian dan ia merupakan tempat percutian keluarga.

"Saya mula aktif sebagai aktivis dan melakukan kerja amal sejak 17 tahun lalu cuma mungkin ramai yang tidak tahu.

"Persembahan Ning Baizura live at Zoo Negara itu juga sebagai usaha saya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang spesis haiwan terutamanya Harimau Malaya yang menjadi kebanggaan negara kita itu sebenarnya semakin pupus," ujarnya kepada mStar Online.

Ning ditemui pada majlis pelancaran Ning Baizura Live at Zoo Negara, Kuala Lumpur pada Khamis.

Ning bakal mengadakan persembahan di Zoo Negara.

Dalam pada itu, Ning memberitahu dia tidak pernah membeli barang-barang atau pakaian yang diperbuat dariapada haiwan.

Katanya, perkara itu hanya menggalakkan aktiviti pemburuan haram semakin berleluasa.

"Kita bangga dengan Harimau Malaya tapi kita tidak sedar haiwan itu semakin pupus di Zoo Negara ini sahaja hanya tinggal sembilan ekor.

"Sebab itu juga saya sendiri tidak pernah membeli baju daripada kulit binatang, bagi saya ia seperti kejam," ujarnya.

Ning Baizura.

Sementara itu, Ning berkata, dia akan menyanyikan 10 buah lagu popularnya dalam persembahan berdurasi satu jam itu.

Dalam pada itu, Ning berkata, tiket dijual dengan harga RM175 untuk dewasa, manakala RM100 untuk kanak-kanak. Pengujung juga boleh membeli harga pakej RM505 untuk keluarga yang boleh didapati di www.airasiaredtix.com.

Ning berkata, 10 peratus tiket konsert akan disalurkan kepada badan bukan kerajaan My Cat.

Ning Baizura

Artikel Lain