“Semalam aku marah, hari ini aku merindui dia” - Luahan Alyah cetus spekulasi - Hiburan | mStar

“Semalam aku marah, hari ini aku merindui dia” - Luahan Alyah cetus spekulasi

Alyah luah rasa rindu di Instagram.

STATUS yang dimuat naik di laman sosial Instagram penyanyi Datin Alyah sekali lagi mencuri perhatian netizen.

Alyah yang berkongsi foto suaminya iaitu pengarah muzik Datuk Ramli MS bersama seorang kanak-kanak sedang bersarapan menimbulkan spekulasi di laman sosial.

Dalam kapsyen di foto itu, Alyah meluahkan rasa rindu dan berharap hatinya yang masih marah disejukkan oleh Allah.

“Dia apa khabar? Mungkin semalam aku terlalu marah tapi hari ini Allah kau sejukkan hati ini dalam reda mu ya Allah.

“Baru aku tersedar aku sangat merindui dia. Semoga dia baik-baik sahaja. Hanya doa peneman setia,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selama ini Alyah pura-pura bahagia, minta netizen jadi isteri Ramli MS sehari

ARTIKEL BERKAITAN: 8 tahun hanya Alyah sahaja jawab hal rumah tangga… Cukuplah!

Luahan Alyah timbul spekulasi dalam kalangan netizen.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi netizen yang menjangkakan hubungan rumah tangga pasangan itu bergolak sekali lagi.

Rata-rata menulis komen memberi kata-kata semangat kepada penyanyi Jutaan Purnama itu.

Bagaimanapun, Alyah membalas komen pengikutnya bahawa dia dan suaminya berada dalam keadaan baik dan bersarapan pagi bersama.

Katanya, luahan rasa rindu itu ditujukan kepada budak lelaki iaitu anak saudaranya.

“Saya rindu sama si kecil kerana dia sudah bersekolah jadi jarang jumpa,” ujarnya.

Sebelum ini iaitu Oktober tahun lalu, penyanyi itu mencetuskan kontroversi apabila menulis komen berbaur sindiran kepada suaminya dan menggambarkan hubungan rumah tangga mereka sedang berdepan masalah.

Alyah dan Ramli berkahwin pada 18 Mac 2013 di Thailand secara rahsia.

Alyah , Ramli MS

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain