"Saya tak kutuk orang Sabah"- Nabila Huda dikecam gara-gara perkataan 'bossku' - Hiburan | mStar

"Saya tak kutuk orang Sabah"- Nabila Huda dikecam gara-gara perkataan 'bossku'

Nabila akui tidak tahu perkataan itu dari Sabah.

GARA-GARA kenyataan meminta orang ramai berhenti bercakap dengan perkataan 'bossku', laman instagram pelakon Nabila Huda dihujani kecaman netizen.

Segelintir netizen mendakwa perkataan itu berasal daripada negeri Sabah dan mula popular di Semenanjung sejak kebelakangan ini.

Rata-rata mereka meluahkan rasa kecil hati dan menganggap aktres itu menghina dan tidak menjaga sensitiviti masyarakat Sabah.

"Perkataan boss digunakan sebagai panggilan hormat ketika berkomunikasi di Sabah. Sama seperti di Semenanjung menggunakan sis, bro, tuan dan sebagainya.

"Cuba kaji dulu perkataan itu seperti mana artis inginkan peminat untuk jaga sensitiviti mereka macam itulah juga perasaan kami rakyat Sabah," tulis salah seorang netizen.

Nabilla Huda menjelaskan dia tidak kutuk orang Sabah.

Bagaimanapun, Nabila membalas komen itu berkata bahawa dia tidak mengutuk dan tidak tahu ayat itu berasal dari mana.

"Ya Allah... Apa ni, saya bukan kutuk orang Sabah. Orang KL (Kuala Lumpur) ni pakai ayat tu yang buat bunyi annoying gila. Semua benda guna ayat tu sumpah saya sendiri tak tahu ayat tu dah lama dari Sabah.

"Tenang, saya tak kutuk pun orang Sabah" ujarnya.

Pada Sabtu lalu, Nabila memuat naik teguran mengenai istilah 'bossku' yang sering digunakan secara berleluasa ketika ini.

Dia secara berjenaka meminta supaya berhenti menggunakan ayat itu yang dianggap telah menimbulkan rasa kurang senang.

Nabila Huda , Bossku

Artikel Sebelum

Artikel Lain