Penatlah aku wahai 'makcik bawang'! Saya bukan Faizal Tahir atau Raf - Fazley Yaakob - Hiburan | mStar

Penatlah aku wahai 'makcik bawang'! Saya bukan Faizal Tahir atau Raf - Fazley Yaakob

Netizen keliru Fazley dengan Raf dan Faizal Tahir.

PENYANYI dan chef selebriti Datuk Fazley Yaakob mendedahkan ada sesetengah pihak yang keliru dengan wajahnya kerana seakan-akan adiknya, Raf dan penyanyi Faizal Tahir.

Fazley, 40, berkata selama dua hari terturut-turut dia berhadapan situasi dimana ada 'makcik bawang' keliru dan memanggil dirinya sebagai Raf dan Faizal Tahir.

"Okey saya rasa sudah cukup! Saya bukan @faizal_tahir atau adik saya sendiri @rafyaakob! Saya @fazleyyaakob atau lebih kenali sebagai #AbangAsmara dan sekarang orang memanggil saya #AbangMasterChef.

"PENATLAH AKU WAHAI MAKCIK-MAKCIK BAWANG! Semalam dan hari ini (Selasa), ada dua kejadian berasingan. 'Eh jom swafoto! Saya peminat awak dan isteri awak. Tak sabar nak tengok baby awak lahir tahu! KIRIM SALAM PADA ISTERI AWAK YA @mawarashid'.

Fazley dedah makcik bawang ingat dia adalah Raf dan Faizal Tahir.

"Kedua. 'Eh awak penyanyi tu kan? Lagu As... Asma... Ha! Assalammulaikum! Saya suka bah lagu tu! Tolong tanda tangan telefon saya ni Faizal Tahir!' Lawaklah makcik-makcik bawang ni," katanya.

Fazley berkongsi kejadian tersebut dengan memuat naik foto bersama suami kepada pelakon Mawar Rashid itu menerusi laman Instagram miliknya.

Menurut Fazley, biarpun begitu, dia tetap meluahkan rasa sayangnya terhadap golongan 'makcik bawang' dan sempat juga mempromosikan lagu terbarunya Wo Ai De Ni.

"Tapi saya masih sayangkan anda semua sangat-sangat. Lagu baru saya dah keluar okey. #woidenidfy. Jemput dengar dan pastikan makcik tahu siapa penyanyi sebenar," ujarnya. 

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain