suria

Nelydia Senrose tolak watak pelacur dalam ‘Nur 2’, enggan hancurkan skrip dengan isu peribadi

Nelydia Senrose mengakui watak Juita menerusi drama bersiri Nur 2 terlalu berat untuknya. Foto Instagram @nelydiasenrose

PELAKON Nelydia Senrose menjelaskan keputusannya menolak peranan sebagai pelacur dalam drama sekual Nur 2 disebabkan enggan merosakkan skrip watak Juita itu.

Nelydia berkata, dia enggan melakukan perubahan terhadap skrip kerana merasakan watak itu terlalu 'daring' untuk dilakonkan.

Selain itu kata Nelydia, dia merasakan faktor baharu sahaja selesai menunaikan Umrah adalah tidak sesuai untuk melakonkan watak seperti itu.

"Cerita itu terlalu 'daring' untuk saya, memang pada awalnya saya yakin untuk cabar diri tapi ketika saya mengerjakan Umrah saya berat hati dan rasa belum bersedia.

"Jika teruskan saya takut akan menghancurkan skrip itu dengan isu peribadi ini," ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Atas nasihat keluarga Nelydia Senrose tarik diri dalam ‘Nur 2’ 

Nelydia memutuskan untuk menolak watak Juita dalam drama popular tersebut ketika mengerjakan Umrah bersama keluarganya Disember lalu.

Pengarahnya Shahrul Ezad menggantikan watak itu kepada pelakon baharu iaitu Azar Azmi.

Tambah pelakon Cinta Tiada Ganti itu, dia akui berasa ralat dan sudah membuat perancangan itu sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, berjanji untuk cuba membawa watak berat itu bila tiba masa yang sesuai.

"Watak berat saya okey cuma masa yang tidak sesuai, Insya-Allah jika ada tawaran yang sesuai dengan masa saya terima.

"Watak seperti itu memerlukan persediaan yang cukup. Mungkin ia bukan rezeki saya dan ramai lagi yang layak untuk bawa watak itu," ujarnya.

Drama Nur yang mencetuskan fenomena pada tahun lalu dibintangi oleh Amyra Rosli dan Syafiq Kyle.

Nelydia Senrose, Nur 2

Artikel Lain