Shiro bawa pulang RM500,000 juara Maharaja Lawak Mega 2018 - Hiburan | mStar

Shiro bawa pulang RM500,000 juara Maharaja Lawak Mega 2018

Shiro dianggotai oleh Ajak (kiri) dan Shahrol juara program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018).

KUMPULAN Shiro muncul juara program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) yang berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam pada malam Jumaat.

Shiro dianggotai oleh Ajak dan Shahrol.

Kemenangan itu sekali gus menamatkan kejuaran dua kali berturut-turut kumpulan Bocey pada 2016 dan 2017.

Bocey yang dianggotai oleh Abam, Fad dan Achey terpaksa berpuas hati ditempat kedua dan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.

Juara MLM dua kali berturut-turut iaitu Bocey mendapat tempat kedua pada edisi 2018.

Sementara Zero yang dianggotai oleh Syarif, Syaiful dan Atu mendapat tempat ketiga mekayakkan mereka membawa pulang RM150,000 berserta trofi.

Zero sebelum ini pernah merangkul gelaran juara MLM pada 2014.

Dalam perkembangan sama, kumpulan Puteh dan Taman masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima turut membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan RM15,000 berserta trofi.

Pada pertandingan akhir itu, kesemua peserta perlu membuat dua persembahan iaitu bertemakan bebas dan muzikal komedi.

Zero tidak kecewa apabila hanya mendapat tempat ketiga.

Empat juri profesional yang mengadili peserta mewakili sebanyak 70 peratus markah.

Mereka ialah Douglas Lim, Remy Ishak, Scha Alyahya dan Tya Ariffin.

Manakala 30 peratus markah lagi berdasarkan undian penonton menerusi aplikasi Tik Tok.

MLM 2018 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan disiarkan nenerusi Astro Warna (132) dan Warna HD (124).

Shiro , Maharaja Lawak Mega 2018

Artikel Sebelum

Artikel Berikut