suria

Tomok umum New Boyz bakal kembali

Tomok umum New Boyz bakal kembali.

PENYANYI Tomok mengumumkan akan membuat kemunculan semula bersama kumpulannya, New Boyz dalam masa terdekat.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 35, yang juga vokalis kumpulan itu memberitahu dia dalam perancangan untuk membuat persembahan istimewa sempena usia 20 tahun kumpulan itu.

"Ya Allah gembiranya tak tahu nak cakap macam mana, selepas beberapa tahun kami tidak beraksi bersama.

"Comeback is real guys! New Boyz is back," ujarnya.

Kumpulan yang pernah popular dengan lagu Sejarah Mungkin Berulang sekitar tahun 1999 itu turut dianggotai oleh Along, Syuk, Zack, Jay dan Lan.

Dalam pada itu, Tomok meminta pendapat peminat-peminatnya sama ada mereka patut merakam lagu baharu atau tidak.

"Saya baca komen korang, ya saya juga rindu membuat persembahan dengan mereka.

"Perlu atau tidak New Boyz rakam lagu baru atau kekalkan sahaja lagu yang sedia ada?" soalnya.

Tomok berkata, dia juga bercadang untuk membawa ahli kumpulannya itu pada persembahannya dalam masa terdekat.

New Boyz, Tomok

Artikel Lain