Viral beri kesan positif, Rosyam Nor terkejut pelanggan bertambah - Hiburan | mStar

Viral beri kesan positif, Rosyam Nor terkejut pelanggan bertambah

Rosyam memberitahu rezeki bukan datang dari manusia tetapi Allah.

PELAKON Datuk Rosyam Nor memberitahu isu yang melibatkan ST Rosyam Mart sehingga tular di laman sosial memberi kesan positif kepada pasar raya tersebut.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 52, berkata pelanggan di pasar raya itu semakin bertambah selepas isu tersebut diperkatakan.

"Walaupun isu tersebut menjadi viral di laman sosial tapi ia telah memberi kesan positif kepada ST Rosyam Nor. Rezeki bukan datang dari manusia tapi datang dari Allah.

"Selepas isu itu heboh diperkatakan, saya mendapat panggilan telefon daripada pekerja mengatakan pelanggan beratur panjang dan tak cukup pekerja dan keesokkan hari pun sama pelanggan bertambah-tambah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya malu dengan rakan kongsi saya” - Rosyam Nor sedih digelar ‘barua’, akui hanya miliki 10 peratus saham


Rosyam mengambil isu melibatkan St Rosyam Mart secara positif.

"Macam sebelum ini ada yang kata nak boikot, tapi Alhamdulillah masih beri kesan positif ramai orang datang beli-belah di sini," katanya kepada mStar Online.

Rosyam ditemui ketika majlis sidang media pencerahan dan penjelasan isu ST Rosyam Mart di Dewan Sri Iskandar, Taman Setiawangsa pada Sabtu.

Selain Rosyam, sidang media tersebut turut dihadiri pemilik dan pengarah Sri Ternak Group Sdn Bhd iaitu Ho Ah Chai dan anaknya Datuk Raymond Ho Cheng Hann.

Dalam pada itu, menjadi tanggungjawab sebagai selebriti Rosyam berharap masyarakat berhenti menyebarkan perkara negatif.

Menurutnya, mereka perlu melihat pencapaiannya sebagai inspirasi untuk maju ke hadapan dalam bidang perniagaan.

Rosyam berharap masyarakat berhenti sebarkan berita tidak baik.

"Diberi peluang pertama kali anak Melayu dapat bekerjasama dengan bangsa lain dalam perniagaan runcit dan jadikan inspirasi kepada mereka untuk maju ke hadapan dalam bidang perniagaan.

"Tujuan utama saya tubuhkan pasar raya ini untuk membantu masyrakat kita merasai memberi barangan dalam suasana lima bintang dengan harga yang murah.

"Hentikan viral tidak baik. Saya bukan nak mengajar tapi tanggungjawab saya sebagai selebriti mengingatkan," ujarnya.

Pasar raya ST Rosyam Mart yang dibuka 24 jam sehari mula beroperasi di Setiawangsa sejak pertengahan tahun lalu.

ST Rosyam Mart merupakan cubaan pertama pelakon filem KL Gangster 2 itu membuka pusat borong dengan usaha sama syarikat Sri Ternak Group Sdn Bhd.

Rosyam Nor

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain