Akibat tak baca kapsyen, Fazley dituduh aibkan pekerja restorannya - Hiburan | mStar

Akibat tak baca kapsyen, Fazley dituduh aibkan pekerja restorannya

Fazley kesal ada pihak salah tafsir video dimuat naik.

PENYANYI dan chef terkenal Datuk Fazley Yaakob kesal apabila video yang dimuat naik pada Sabtu lalu disalah tafsir pihak tertentu.

Fazley berkata, video yang memaparkan dia sedang memarahi beberapa kakitangan di restoran miliknya Suka Sucre Bistro itu hanya sekadar lakonan dan sudah pun menjelaskan perkara itu di bahagian kapsyen. 

"Nampaknya ada juga kumpulan manusia yang lebih banyak masa 'membawang' dan tidak membaca kapsyen. (Rujuk video sebelum posting ini).

"Takpa saya maafkan kalian ya. Saya akhirnya tersenyum sendiri melihat di sebalik ratusan yang kata saya tak cukup garang, suara tak cukup kuat, nampak sangat tengah berlakon, ada juga yang tak cukup bijak untuk baca kapsyen," ujarnya.

Fazley turut meluahkan rasa kecewa di Instagram miliknya.

Beliau turut memuat naik artikel sebuah blog hiburan yang menuduh dia cuba mengaibkan pekerja-pekerja di restoran miliknya.

Dalam pada itu menerusi video berkenaan Fazley dalam penggambaran sebuah program yang bakal ditayangkan pada Mac depan di saluran 118 Hyppinspirasi di UnifiTV.

Menerusi kapsyen video berkenaan, Fazley berkata dia seorang yang jarang memarahi pekerjanya, apa yang dimuat naik di video berkenaan hanya lakonan semata-mata.

"Saya jarang marah pekerja Suka Sucre Bistro tapi bila mengamuk memang parah. Tapi selalunya lepas marah semua staff akan saya peluk dan minta maaf sebab tinggikan suara.

"Tapi ini (video) hanya lakonan semata-mata," ujarnya.

Fazley Yaakob

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain