"Penjara 15 tahun tak cukup, biar merana seumur hidup!" - Reaksi Nabila Huda terhadap perogol kanak-kanak - Hiburan | mStar

"Penjara 15 tahun tak cukup, biar merana seumur hidup!" - Reaksi Nabila Huda terhadap perogol kanak-kanak

Nabila Huda marah kejadian kes rogol kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi.

KES rogol kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi menimbulkan kebimbangan dan kemarahan masyarakat terutamanya golongan ibu termasuk pelakon Nabila Huda.

Nabila, 34, berkata, hukuman yang dikenakan terhadap perogol tidak setimpal dengan kesakitan dan trauma yang dialami oleh kanak-kanak itu sepanjang hidupnya.

"Kenapa sejak kebelakangan ini banyak sangat kes rogol kanak-kanak apa yang terjadi oleh orang zaman sekarang?

"Apa yang ada dalam otak diorang ni? Macam mana kanak-kanak itu nak membesar dalam keadaan pernah dirogol? Macam mana dia nak teruskan hidup dalam keadaan trauma?," ujarnya di Twitter.

Nabila Huda luah rasa marah di laman Twitter miliknya.

Nabila berkata, golongan dewasa juga perlu mengawal diri sendiri daripada menonton perkara yang tidak senonoh di internet yang boleh mengundang perkara buruk itu.

"Sebenarnya, kita ni tak payah nak cakap kena pantau anak-anak tengok youtube sebab takut mereka tengok bukan-bukan. Orang dewasa pun sebenarnya kena kawal diri daripada buka laman web yang bukan-bukan untuk elakkan tengok benda bodoh," ujarnya.

Tambah pelakon drama Dendam Aurora ini, sepatutnya pesalah itu diberikan hukuman lebih berat yang membuatkan mereka menderita sepanjang hayat seperti mana yang dialami mangsa.

"Rasanya penjara 15 tahun tak cukup nak tanggung kesakitan dan kesusahan seorang ibu melahirkan, membesarkan anak itu. Potong je penis perogol tu supaya ada akal sikit. Biar seumur hidup la kau merana," ujarnya.

Nabila Huda

Artikel Sebelum

Artikel Lain