suria

Peminat 'stalk' IG sebelum ubah penampilan si cilik umpama gaya Neelofa

Ibu kepada Airis gemar melihat fesyen terbaru Neelofa di laman Instagram.

GAYA fesyen dan penampilan selebriti terkenal Neelofa sentiasa menjadi perhatian dan ikutan peminat yang mengenakan hijab.

Terbaru, foto seorang kanak-kanak kecil meniru fesyen pengacara program MeleTop itu menjadi tular di laman sosial.

Ibu kepada Nur Airis Nafisya Muhamad Nurul huda iaitu Eka Muliati Basri, 33, berkata dia sememangnya gemar melihat fesyen yang digayakan Neelofa di Instagram.

Antara fesyen Neelofa yang ditiru Airis.

Menurutnya, dia hanya menggunakan pakaian dan aksesori yang kebetulan ada di rumahnya seakan sama dengan apa yang dipakai pelakon drama Red Velvet itu.

"Sebenarnya saya suka lihat fesyen dan penampilan Neelofa di Instagram. Setiap hari saya akan 'stalk' Neelofa untuk tengok foto fesyen terbaru yang dimuat naiknya.

"Bila ada foto baru, saya akan tunjuk pada anak dan kalau dia setuju nak buat gaya itu, barulah kami akan cari baju dan aksesori yang seakan dalam foto Neelofa.

Airis sangat meminati Neelofa.

"Kebetulan pula, saya ada baju dan barang-barang di rumah yang lebih kurang sama dipakai Neelofa," kata Eka kepada mStar Online.

Dalam pada itu, dia tidak menjangka foto anaknya yang berusia tiga tahun itu boleh menjadi tular di laman sosial memandangkan foto tersebut sudah lama dimuat naik.

Katanya, dia berkongsi foto-foto tersebut menerusi laman Facebook miliknya yang hanya boleh dilihat oleh rakan-rakan terdekat sahaja.

Airis suka meniru fesyen yang digayakan Neelofa.

Ibu ini tidak meletakkan butang kongsi di setiap 'posting' dan kakaknya yang bertanggungjawab memuat naik foto-foto tersebut di laman sosial.

"Saya terkejut juga tiba-tiba foto-foto anak saya itu menjadi tular di laman sosial sedangkan dah lama saya muat naik di Facebook.

"Kalau saya nak viralkan, dah lama juga saya kongsi dengan semua orang tapi akaun FB saya dalam ketetapan privasi dan saya tak letakkan butang kongsi pun.

"Bila saya tanya dalam group whatsapp keluarga, rupa-rupanya kakak saya yang muat naik foto tersebut di laman sosial," ujarnya.

Neelofa

Artikel Lain