Artis meninggal tanpa wang cetus idea DJ Dave wujudkan program Khairat Kematian YKAT - Hiburan | mStar

Artis meninggal tanpa wang cetus idea DJ Dave wujudkan program Khairat Kematian YKAT

Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Datuk DJ Dave bersama penggiat seni selepas melancarkan program Khairat Kematian pada Jumaat.

YAYASAN Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mengambil inisiatif untuk memperkenalkan program Khairat Kematian selepas melalui proses penjenamaan semula.

Pengerusi YKAT iaitu Datuk DJ Dave berkata, pihaknya memperkenalkan program itu dalam usaha memberi kesedaran kepada penggiat seni untuk membuat persediaan awal dalam pengurusan jenazah sekiranya berlaku kematian.

“Kejadian seorang artis terkenal meninggal dunia dan keluarganya tidak mempunyai wang untuk menguruskan jenazah membuatkan saya fikir untuk melaksanakan program khas seperti ini.

“Saya mahu berusaha menyedarkan rakan-rakan artis untuk membuat persediaan sebelum saat kematian supaya ahli keluarga lain dapat uruskan pengembumian dengan baik.

“Saya dan rakan-rakan di YKAT menganggap ia menjadi kewajipan kami untuk sedarkan penggiat seni membuat perancangan lebih baik dalam soal ini bagi membantu mereka,” kata DJ Dave kepada mStar Online.

DJ Dave ditemui ketika Majlis Penjenamaan Semula Program Khairat Kematian yayasan itu dengan kerjasama Darul Jenazah di Tune Hotel Pusat Dagangan Dunia Puta (PWTC) Kuala Lumpur, Jumaat.

Dalam pada itu, DJ Dave berkata, dengan bayaran yuran tahunan RM100 untuk tempoh setahun, penggiat seni akan mendapat pelbagai faedah menerusi program tersebut.

Antara faedah bakal diterima kata DJ Dave adalah bantuan pengebumian sebanyak RM1,500, upah badal haji, wang khairat RM3,000 kepada waris selain RM10,000 kepada waris (sekiranya meninggal kerana kemalangan).

"Selain itu, mereka yang menyertai program ini juga berpeluang menerima pencen ilat sehingga RM10,000 (jika cacat separa) dan keseluruhan pakej bernilai RM6,000.

"Program ini bukan hanya untuk mereka yang beragama Islam, namun turut terbuka kepada kalangan artis yang beragama lain agar lebih adil dan menyeluruh," ujarnya.

YKAT , DJ Dave

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut