suria

Terima kasih Shiha kerana sudi lamar - Kay Khydir

Kay berterima kasih pada Shiha yang banyak membantu dia mengeluarkan single terbarunya.

SETELAH tujuh tahun tidak aktif dalam bidang nyanyian, penyanyi dan pelakon Kay Khydir kini tampil dengan single terbaru, Bukan Bahagiaku.

Kay, 30, berkata dia berterima kasih kepada rakan baiknya, Shiha Zikir yang sudi melamarnya untuk menjadi artis bawah syarikat pengurusan SZ Entertainment.

"Alhamdulillah selepas tujuh tahun, barulah saya dapat keluarkan lagu baharu. Tapi lagu ini tak akan keluar tanpa pertolongan rakan baik saya iaitu Shiha.

"Saya berterima kasih pada dia. Sebenarnya Shiha dah banyak kali paksa saya untuk keluarkan lagu. Tapi saya tak yakin.

Kay tampil single terbaru selepas tujuh tahun.

"Bulan puasa tahun ini, saya bagi Shiha dengar, dia suka dan terus lamar saya untuk jadi artis pertama bawah pengurusan syarikatnya," kata Kay kepada mStar Online.

Lagu ciptaan Azlan Abu Hassan itu yang dicipta pada empat tahun lalu mula dilancarkan di semua platform digital pada 10 November lepas.

Dalam pada itu, bekas peserta program Akademik Fantasia musim ke 9 (AF9) ini mengakui ramai orang lebih mengenalinya sebagai pelakon berbanding penyanyi.

Kay Khydir.

Namun, Kay tidak kisah sekiranya ada peminat yang tidak mengetahui nama sebenar dan memanggil dia dengan nama-nama watak dalam drama lakonannya.

"Sejujurnya, ramai orang tak tahu yang saya ini bermula sebagai seorang penyanyi dan lahir daripada program AF9. Bila saya keluarkan lagu, mereka terkejut.

"Sebab ramai yang tak tahu nama saya dan mereka panggil dengan nama-nama watak dalam drama lakonan saya. Tapi saya tak kisah pun," ujarnya.

Kay Khydir, Shiha Zikir

Artikel Lain