Kurang info, tutup mulut! – Altimet balas komen netizen minta ‘Bunga’ tarik diri AJL33 - Hiburan | mStar

Kurang info, tutup mulut! – Altimet balas komen netizen minta ‘Bunga’ tarik diri AJL33

Altimet beritahu lagu Bunga akan dinyanyikan oleh penyanyi lain.

PENYANYI Rap, Altimet memberitahu lagu Bunga nyanyiannya akan dipersembahkan oleh penyanyi lain pada Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) yang akan berlangsung Februari, tahun depan.

Menjawab komen seorang netizen di Instagram yang memintanya mengundurkan diri selepas mengumumkan bersara, Altimet menjelaskan anugerah berprestij itu mempertandingkan lagu serta lirik dan bukannya penyanyi yang membawa karya tersebut.

"Saya kata saya nak berhenti buat persembahan, jadi lagu Bunga ni orang lain akan persembahkan. Saya tulis lirik lagu ni, AJL ni pertandingan tulis lagu, bukan pertandingan menyanyi.

"Kalau tak cukup maklumat jangan buka mulut, nanti ada orang kat sini label awak bingai, bukan saya (kata), saya tahu awak kurang maklumat. Terima kasih sebab bagi pandangan," tulisnya di laman tersebut.

Altimet jawab komen seorang netizen.

Altimet menjawab komen pedas seorang netizen yang memintanya menarik diri dari pentas AJL dan memberi peluang kepada lagu lain untuk menyertai pertandingan itu.

"Kalau nak bersara tolong undur diri dari AJL, biar lagu lain masuk, tahun lepas sembang cakap nak bersara tapi tahun ni masuk balik. Sembang je," komen pengikut berkenaan.

Sebelum ini, Altimet mengumumkan akan bersara sebagai penyanyi pada ulang tahun kelahirannya yang ke-40, pada 27 November ini.

Bagaimanapun, dia tidak akan berhenti dari terus menulis dan menghasilkan lagu untuk penyanyi lain kerana itu adalah minatnya.

Dalam separuh akhir muzik-muzik ke-33 (SFMM33), lagu Bunga nyanyian Altimet lagu ciptaan Omar K, John Jeevasingam dan Altimet layak ke AJL33 bersama 11 lagu yang lain antaranya Sampai Bila (Misha Omar / Sharon Paul / Fedtri Yahya / Shah Shamshiri), Semakin (Siti Sarah / Mera Utama), Bunga (Ara Johari / Hang Nadim / Laq / Kadok), Luluh (Khai Bahar) dan Di Matamu (Sufian Suhaimi / Sirkhan & Rinkarnaen).

Lagu lain ialah Kau Pun Sama (Syamel / Kidd Santhe / Syamel), Hajat (Hael Husaini / Ezra Kong), Haram (Hael & Dayang Nurfaezah / Hael / Ezra Kong), Nisan Cinta (Jaclyn Victor & Siti Nordiana / Hael / Ezra Kong), Jatuh Bangun (Haqiem Rusli ft Aman Ra / Haqiem Rusli / Omar K / Ikhwan Fattana / Aman Ra) dan Tak Pernah Hilang (Amylea dan Kaer / Farouk Roman / Amylea).

AJL33 , Altimet

Artikel Berikut

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis