"Warna kulit bukan pengukur kecantikan seseorang" - Vanidah Imran - Hiburan | mStar

"Warna kulit bukan pengukur kecantikan seseorang" - Vanidah Imran

Vanidah menyokong kenyataan Nourul mengenai kecantikan bukan dari segi warna kulit tetapi hati dan akhlak seseorang itu.

PELAKON Vanidah Imran menyokong kenyataan penyanyi Nourul Depp yang menganggap kecantikan itu bukan dilihat pada warna kulit seseorang.

Vanidah, 45, berkata semua orang dilahirkan cantik dan paling penting perlu sentiasa bersyukur atas nikmat, kurniaan dan ciptaan Allah.

"Kata-kata yang bagus kakak saya @nouruldepp. Tiada orang yang dilahirkan tidak cantik di dunia ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Vanidah Imran enggan layan khabar angin sudah bercerai


Vanidah turut memuat naik video Nourul di laman Instagramnya.

"Warna kulit bukan pengukur kecantikan seseorang. Yang penting hati, tuturkata dan akhlak seseorang itu.

"Sentiasa syukur atas nikmat, kurniaan dan ciptaan Tuhan," tulis Vanidah menerusi laman Instagram miliknya.

Vanida turut memuat naik video Nourul yang mengatakan untuk mengenali seseorang itu bukan dari segi warna kulit tetapi hati budi.

Rata-rata pengikut di laman sosial bersetuju dengan kenyataan dua selebriti terkenal itu.

Netizen memuji kecantikan semula jadi Vanidah dan Nourul.

Mereka juga memuji kecantikan semula jadi kulit Nourul dan Vanidah yang cantik dilihat di depan mata.

"Dua-dua pernah jumpa depan kak Nourul dan kak Vanidah ni. cantik pun cantik lepas tu bila terpandang mata Ya Allah air muka manis bibir senyum saja pada kita.

"Pernah jumpa kak Nourul kat Mid Valley lama dulu, kulit dia memamg cantik gila.

"Betul tu... Kolot betul cakap putih tu cantik. Cantik itu pelbagai, yang penting hati," komen beberapa orang pengikut di laman sosial.

Vanidah Imran , Nourul Depp

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain