suria

“Allah tahu kita usaha buat terbaik untuk kandungan” - Hanis Zalikha

Hanis kongsi tips buat wanita hamil yang mengalami morning sickness.

PELAKON Hanis Zalikha berkongsi tips buat wanita yang sedang hamil dan mengalami morning sickness atau alahan yang teruk.

Hanis, 28, berkata dia juga mengalami alahan yang sangat teruk namun apa yang perlu dilakukan ialah kuat semangat dan menjaga waktu makan.

Biarpun makanan itu akan dimuntah semula namun sekurang-kurangnya bayi dalam kandungan akan mendapat zat yang secukupnya.

"Mommynis nak pesan kat semua ibu-ibu senasib kat luar sana, kita kena kuat semangat. Makan juga walaupun kita tahu kita akan muntah balik.

"Jaga waktu makan. Ikhtiharkan nak masukkan zat dalam badan. Sebab walaupun Mommynis muntah-muntah macam apa tah, Yusuf tetap mok (gemuk) masa lahir.

ARTIKEL BERKAITAN: Yusuf Iskandar bakal dapat adik, Hanis Zalikha hamil lagi


Hanis mengalami alahan yang teruk ketika hamil.

"Adalah tu zat-zat yang sempat terserap. Allah tahu kita usaha buat yang terbaik untuk kandungan kita," tulisnya menerusi laman Instagram.

Isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini kini sedang hamil anak kedua namun tidak dinyatakan usia kandungannya.

Tambah Hanis, suami atau sesiapa yang mampu membantu mengingatkan kaum ibu yang sedang hamil waktu makan kerana mereka sibuk menguruskan anak dan kerja.

Katanya, kadang-kadang orang yang tidak melalui masalah alahan itu sukar untuk memahami keadaan mereka.

"Minta tolong suami atau sesiapa yang mampu bantu kita ingatkan waktu makan. Sebab macam sekarang ni selalu lupa waktu makan sebab uruskan anak dan kerja kan.

"Bila perut kosong ya Allah, tak ada isi nak muntah pun tetap muntah. Sampai terkeluar acid perut yang hijau.

Hanis dan Hairul bakal menimang cahaya mata kedua.

"Orang yang tak lalui morning sickness kadang-kadang susah nak faham," katanya.

Hanis juga berpesan kepada para suami dan orang sekeliling agar lebih peka dengan kehendak ibu mengandung.

"Para suami dan orang sekeliling, semoga empati terhadap ibu mengandung lebih tinggi. Peka akan kehendak mereka.

"Loya dan muntah-muntah mereka nampak macam remeh je, tapi dunia mereka rasa macam perlahan sangat-sangat. Berkasih-sayanglah dan saling memahami," ujarnya.

Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan dikurniakan cahaya mata bernama Yusof Iskandar pada 3 Jun 2016.

Hanis Zalikha, Hairul Azreen

Artikel Lain