suria

“Jangan biar orang rosakkannya…” - Awal Ashaari

Awal Ashaari dan isteri, Scha Alyahya. Foto Instagram @awalashaari

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Awal Ashaari menasihati mana-mana rakan artis yang ingin mengadakan sebarang kerjasama dalam perniagaan agar mendapatkan nasihat peguam terlebih dahulu.

Ini kerana kata Awal, ia sebagai melindungi hak mereka selain mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku seperti mana yang sedang berlaku kepada dirinya.

"Apa yang boleh saya katakan sebelum terlibat dalam sebarang usaha niaga, lebih baik dapatkan nasihat peguam untuk melindungi hak kita kerana sebagai selebriti hanya reputasi yang kita ada.

"Janga biarkan orang merosakkannya atas semua kerja keras yang kita lakukan," katanya menerusi Instagram.

Awal berkata demikan selepas menerima banyak pertanyaan daripada rakan selebriti berhubung kes sebuah syarikat yang didakwa melanggar kontrak perjanjian pengedaran kedua minyak wangi ekslusif mereka iaitu Blue dan Maroon.

Bekas pengacara program Melodi itu dan isteri, Scha Alyahya membuat tuntutan sebanyak RM345,305 daripada pihak terbabit selaku pengedar tunggal minyak wangi itu sejak dua tahun lalu.

Scha dan Awal mahu menuntut hak mereka.

Kes itu yang di dengar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan disambung semula pada 15 November ini.

Dalam pada itu, Awal berkata, ramai memintanya berkongsi tentang apa yang terjadi namun perlu menghormati mahkamah memandangkan kes ini sedang berjalan di mahkamah.

"Ramai yang tanya nasihat dan nak say kongsi apa yang terjadi, ada juga beritahu telah dihampiri untuk peluang perniagaan baru dan sebagainya.

"Saya minta maaf, saya tidak berada dalam keadaan yang membolehkan saya memberi pandangan atau nasihat memandangkan kes ini masih dalam perbicaraan," katanya.

Awal Ashaari, Scha Alyahya

Artikel Lain