Amir Jahari sudah putus asa, 8 tahun tertekan jadi anak seni - Hiburan | mStar

Amir Jahari sudah putus asa, 8 tahun tertekan jadi anak seni

Amir Jahari

PENYANYI Amir Jahari memberitahu luahan perasaan kecewa dan putus asanya yang dimuat naik di laman Twitter baru-baru ini disebabkan tekanan sepanjang lapan tahun sebagai anak seni.

Amir berkata, dia patah semangat selepas semua usaha yang dilakukan dalam memperjuangkan genre Pop Nusantara seolah-olah tidak diterima masyarakat negara ini.

"Saya tulis dan luahan perasaan itu kerana rasa terlalu kecewa dan patah semangat sehingga saya kongsi di laman sosial itu.

"Banyak tekanan yang saya lalui terutama sekarang saya bernaung di bawah label sendiri banyak yang kena fikirkan dari segi promosi lagu dan album.

"Selain itu persiapan showcase saya November ini yang belum lagi terjual tiket, tekanan-tekanan yang saya hadapi itu membuatkan saya rasa putus asa," ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: AF Bukan Penyebab Amir Jahari Dikenali


Amir meluahkan rasa di Twitter miliknya Rabu lalu.

Amir pada Rabu lalu meluahkan rasa kecewanya terhadap rakyat Malaysia yang tidak menerima genre muzik diperjuangkan selama ini.

Dia mula rasa putus asa dan mengakui muzik yang dibawakan tidak mendapat sambutan di negara ini.

"Aku rasa hampir putus asa, muzik aku dah lain, susah nak hadam.

"Sudah usaha, tawakal ke muzik aku dah tak relevan untuk rakyat Malaysia?" soalnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Aku Juga Manusia ini berkata, Twitt tersebut mendapat perhatian terutamanya peminat dan rakan-rakan dalam industri.

Kata-kata sokongan tersebut mengembalikan semangatnya untuk meneruskan perjuangan itu.

"Saya baca kata-kata semangat mereka dan tidak sangka ada juga orang yang mendengar dan suka karya-karya saya.

"Satu persatu komen positif mereka membuatkan saya bersemangat kembali untuk bangkit," ujarnya.

Amir berkata dia akan meneruskan showcase untuk album keduanya pada 10 November depan yang akan diadakan di Livefact Damansara.

Tiket berjumlah RM35 yang dikenakan sebagai bayaran adalah termasuk cakera padat album baharunya.

Amir Jahari

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain