“Sudah 2018 bro, awak masih di 2009” - Jawab Yuna buat netizen tidak suka imej baharunya - Hiburan | mStar

“Sudah 2018 bro, awak masih di 2009” - Jawab Yuna buat netizen tidak suka imej baharunya

Yuna sentiasa berubah menjadi lebih baik.

PENYANYI Yuna menegur tindakan segelintir netizen kebanyakkannya golongan lelaki meninggalkan komen mahukan penampilan dan dirinya yang dahulu berbanding sekarang.

Yuna atau nama sebenarnya Yunais Zarai, 32, berasa pelik mengapa mereka bersikap demikian berikutan seseorang individu seharusnya sentiasa berubah menjadi lebih baik.

"Anda membeli Iphone keluaran terkini setiap kali keluaran baru tapi anda lebih suka melihat seorang perempuan sentiasa sama dan tidak berkembang menjadi sesuatu yang baru dan lebih baik.

Yuna bersyukur suaminya sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang dilakukannya kini.

"Saya melihat komen seperti ini kebanyakkannya daripada lelaki. Orang dah 2018 dah bro apesal (kenapa) kat 2009 lagi ni," tulisnya di Instagram.

Yuna turut memuat naik komen netizen yang mahukan dia yang dahulu.

Dalam pada itu, Yuna mempersoalkan mengapa seseorang lelaki yang melakukan pembaharuan sering dipandang positif berbanding wanita.

Yuna sering mendapat komen yang sama daripada lelaki yang mahu dia kembali kepada penampilan lama.

"Lelaki boleh berubah mendapatkan kekasih baru atau gaya yang lebih baik dan orang akan berkata 'oh bagus dia sekarang' tapi kalau perempuan dengan gaya baharu, keyakinan dan kehidupan baharu sering dikatakan sudah berubah," katanya.

Bagaimanapun, Yuna berkata, dia berterima kasih kepada suaminya Adam Yousof Sinclair yang sentiasa menyokong dengan apa juga yang dilakukan kini.

Yunalis Zarai , Yuna

Artikel Sebelum

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain