Tony Eusoff selesa membujang, perancangan kahwin dah ‘ke laut’ - Hiburan | mStar

Tony Eusoff selesa membujang, perancangan kahwin dah ‘ke laut’

Tony tak tertekan soal kahwin. Foto: ART CHEN

PELAKON Tony Eusoff memberitahu dia lebih selesa hidup membujang dan enggan terlalu memikirkan tentang jodoh atau perkahwinan.

Meskipun tanpa pasangan, Tony atau Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, 41, berkata, dia melalui hari-hari mendatang dengan penuh gembira.

"Sejujurnya saya sangat selesa membujang begini, perancangan nak kahwin itu sudah 'ke laut'... apa saya boleh kata, hidup bujang begini tak stres dan lebih seronok.

"Perkahwinan bukan matlamat saya lagi, kalau orang kata hidup single ini buatkan kita jadi stres, kita tak tahu orang yang dah kahwin pun ada tekanannya.

Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Dzulkefly Ahmad (tengah) bergambar bersama barisan pelakon Orang Itu. Foto: IZZRAFIQ ALIAS

"Nak fikir fasal isteri lagi, anak-anak lagi. Sama saja stres! Jadi biarlah saya bujang begini dulu, senang bergerak kesana-sini," katanya kepada mStar Online.

Tony ditemui semasa malam gala tayangan filem Orang Itu (Jade Ribbon Campaign) yang diadakan di GSC Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.

Tayangan filem tersebut bertujuan mengutip dana bagi tabung penyakit Hepatitis yang dianjurkan oleh Persatuan Membasmikan Hepatitis Malaysia

Tony berkecimpung dalam bidang perniagaan dengan membuka kiosk menjual sosej di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Ia dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan turut dihadiri oleh barisan pelakon antaranya Tony, Carmen Soo, Sawyer Leong dan KK Wong.

Dalam pada itu, Tony bersyukur kerana ibunya sangat memahami dan tidak pernah mendesak supaya mendirikan rumah tangga.

"Emak tak pernah menekan atau bertanya mengenai perkahwinan, dia sangat memahami dan mengerti situasi saya.

"Selalunya yang bertanya ini hanya orang luar sahaja, selagi keluarga saya faham itu sudah memadai dan membuatkan saya bahagia," katanya yang kini mula aktif dalam bidang perniagaan makanan.

Tony Eusoff

Artikel Sebelum

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain