suria

Teknikal 'maut'... Elite tersingkir Gegar Vaganza 5

Kumpulan Elite menjadi peserta kedua tersingkir daripada pertandingan Gegar Vaganza musim kelima pada malam Ahad. Foto Instagram @astrogempak

SHAH ALAM: Perjuangan kumpulan popular era 1990-an, Elite terhenti apabila mereka diumumkan sebagai peserta kedua tersingkir pada konsert minggu ketiga Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, Ahad.

Elite yang dianggotai oleh Linda Rafar, Sasha Saidin dan Azza mendapat markah terendah daripada juri profesional selepas mempersembahkan lagu Kau Bahagia nyanyain asal Melly Goeslow.

Ramli MS yang mengulas mengenai persembahan mereka memuji cara penghayatan kumpulan itu yang jujur dan saling membantu antara satu sama lain dalam menyampaikan lagu itu.

Bagaimanapun kata Ramli MS, mereka mengalami masalah teknikal yang disifatkan membawa 'maut'.

Amelina memberikan persembahan bertenaga meskipun kurang sihat. 

“Dari segi teknikal memang 'maut' tapi penyampaian sangat jujur. Semangat membantu satu sama lain walaupun lupa lirik ada kawan bantu.

“Saya suka keakraban mereka atas pentas,” ujarnya.

Peserta yang mara ke peringkat seterusnya ialah Noryn Aziz, Amelina, Shafie Rio, Zamani, Hetty Sarlene, Mya Ruslee dan Billy Zulkarnain.

Turut mara ke minggu keempat adalah Dia Fadila, Zamani, Forteen dan Farah Wahida.

Kesemua peserta diadili oleh dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim, manakala Nash tampil sebagai juri jemputan.

Ia dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Hetty Sarlene.

Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini menjadi milik Zamani.

GV5 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Gegar Vaganza 5, Elite

Artikel Lain