“Sejak awal lagi pakcik tu tengok kami pegang tangan” - Fadzil Zahari - Hiburan | mStar

“Sejak awal lagi pakcik tu tengok kami pegang tangan” - Fadzil Zahari

Fadzil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku ketika sedang menjalani penggambaran drama bersama Shukri.

PELAKON Fadzil Zahari menceritakan situasi sebenar ketika menjalani penggambaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa lalu apabila didatangi individu menegur Shukri Yahaya bersamanya.

Fadzil, 35, berkata dia menyedari salah seorang daripada kumpulan jemaah umrah yang ketika itu berdekatan lokasi penggambaran melihat dia sedang pegang tangan Shukri sejak awal lagi.

Mungkin tidak selesa dengan situasi itu warga emas berkenaan secara tiba-tiba datang menepuk bahu dan berkatakan sesuatu pada Shukri menyebabkan mereka terkejut.

"Saya ada perasan juga seorang pakcik dari awal lagi memandang saya sedang memegang tangan Shukri.

"Ketika itu, dia bersama kumpulan jemaah umrah berada berdekatan dengan lokasi penggambaran untuk babak itu. Tiba-tiba pakcik itu datang tepuk bahu dan ada katakan sesuatu kepada kami," katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik tegur Shukri Yahaya jangan buat maksiat, anak pula minta maaf


Video pakcik menegur Shukri menjadi tular di laman sosial sejak Selasa.

Baru-baru ini, video seorang lelaki muncul secara tiba-tiba menepuk bahu Shukri yang ketika itu memakai seluar merah jambu berperwatakkan lelaki lembut memegang tangan Fadzil.

Insiden tersebut berlaku ketika mereka sedang menjalani penggambaran drama Split di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.

Semasa adegan itu dirakamkan, Shukri sedang bersalaman dengan Fadzil Zahari dengan gaya lemah-lebut dan kemudian muncul seorang individu dari arah belakang menegur perbuatan mereka tanpa mengetahui ia adalah sebuah penggambaran drama.

Katanya, individu tersebut berkemungkinan tidak menyedari ada penggambaran sedang dijalankan memandangkan kru produksi dan kamera berada di belakang.

"Mungkin disebabkan ketika itu kru produksi dan kamera berada di belakang dan dia tak nampak yang sebenarnya ada penggambaran sedang dijalankan," ujarnya.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Yana Samsudin ini memberitahu mengakui tidak begitu jelas dengan apa yang dikatakan pakcik itu kepada Shukri.

Babak Shuk bersalam dengan Fadzil.

Namun, kru produksi dan juruaudio mendengar dengan jelas pakcik itu menasihati jangan melakukan maksiat di tempat umum.

"Sebenarnya saya tak berapa nak dengar apa yang dikatakan pakcik itu. Tapi kru produksi dan juruaudio dengan jelas mendengar teguran pakcik itu yang menasihati jangan buat maksiat di sini.

"Mungkin Shukri tak perasan pakcik itu ada tegur sebab kami pun fokus pada babak itu sahaja. Nak cepat habiskan rakaman itu dan terfikir apa yang terjadi," katanya.

Menerusi laporan portal hiburan pada Khamis, Shukri memberitahu individu itu hanya mengusiknya dan bukan seperti laporan yang mengatakan dia ditegur agar tidak melakukan maksiat.

Bagaimanapun, seorang individu tampil memohon maaf kepada Shukri bagi pihak bapanya berikutan tidak tahu ia adalah sebuah penggambaran drama.

Fadzil Zahari , Shukri Yahaya

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain